Monday, September 30, 2013

TIME FOR SKETCHES !



Assalamualaikum.
Pagi pagi lagi kteorang dah ade kat tempat bas kampus B Politeknik untuk ke Taman Tasik Taiping. Untuk trip kali ni,kteorg pergi bawah subjek Architecture Landscape.well,kerjanya kena sketch lah,buat ape lagi.tajuk pun time for sketches! Masa dah naik bas tu,ade dua orang budak laki tak sampai lagi. Miss zaza dah bising je.lastly,dia suruh driver bas tu jalan je. Bukan kejam but tegas maybe.masa dalam bas tu mula mula bising jugak lah. Tapi bila dah penat,masing masing tido. Sampai kat tempat perhentian,bas berhenti.Miss Zaza suruh sarapan dulu sebelum sampai Taiping. Lepas makan semua tu,perjalanan diteruskan.baru nak lelap,tengok tengok dah sampai kat Taman Tasik Taiping tu. Bila sampai Taman Tasik Taiping tu, kteorang dibagi masa 3 jam untuk siapakan 10 sketch. Mula mula muka bangga lah jugak sebab 3 jam duduk kat situ then kena buat 10 sketch jeeerrrr.tapi bila dah start nak lukis,mau setengah jam nak siapkan satu sketch.lepas sejam baru aku start sketch sbb mula mula tu kteorang amik gambar dulu.hehe.mula mula amik gambar orang lepas tu amik gambar pandangan yang nak kne sketch.senang.sebab balik nnti boleh tekap kat screen leptop.haha.well,itulah kerja budak seni bina.ttbe dapat tau Miss Zaza nak tgok at least lima sketch sebelum naik bas.ah sudah!masa tu lah baru nak sketch betul betul.kalau tak sebelum ni buat ala kadar je.dah puas amik gambar pandangan,kteorang duduk satu tempat untuk sketch gambar tadi.masa tu memang kelam kabut.ttbe kawan aku kat seberang tasik panggil.times up.hmmm.malas nak pandang dah.tunjuk je lah kat Miss Zaza.masa aku nak hantar tu,atahan aku.dia tak bagi aku tunjuk kat Miss dulu.sarah suruh tunggu dia.so aku boleh lah touch up sikit sikit.bila semua dah tunjuk,Miss bangun dari kerusi tu.semua nak ke bas.tapi ade pulak lah kawan sejati yang sangat sejati ni cakap aku dengan sarah tak tunjuk lagi sketch tu.haih,sabar je lah si arifan ni.tarik balik sejati tu.haha.so Miss check sarah punya sketches,dia geleng kepala.then aku tunjuk aku punya pulak.yang aku ni pn satu,aku gne sketch book masa sem 2 punya.so nampak lah conteng conteng.masa Miss selak selak buku tu,ttbe kat belakang ade tulisan yang panjangnya macam esei.guna pen merah pulak tu.aku ternampak terus aku Tarik buku tu.tapi Miss tetap nak baca.Ohmygoat!mampus aku kalau dia dapat baca.malu pn ade.dengan kekuatan bercampur ketakutan,aku terus rebut buku tu dari Miss.lastly,aku dapat jugak buku tu.time tu jugak aku koyak then masuk poket seluar.bila baca balik,memang kelakar ape yang aku tulis tu.kalau tak. silap aku pn ,aku tulis esei tu masa aku praktikal.kahkah.



 taman tasik taiping

  Ni sign board je.singgahnye idak lerrr.   




 plus, pemandangan kat sini memang cantik.first thing yang terlintas bila sampai 'cantiknya,kalau photoshoot kat sini memang cantik.especially wedding' hee ~~                                    












 1 2 3 say click !



 part of my friends sedang tekun melukis



bebudak ni kekonon sedang buat temubual untuk tv15.orang lain sibuk melukis dia sibuk temubual.




 ni time nak balik.kne tegur dengan lecturer sebab dah besar tapi still main buaian.ape ade hal.mai je lah kan.



 
last but not least. weee ~

Saturday, August 24, 2013

RAYA STYLE SENI BINA



Assalamualaikum,
Kelab seni bina ade buat jamuan raya untuk warga seni bina.tapi pagi tu setiap kelas kena sediakan makanan raya. I mean kena masak menu yang lecturer dah tetapkan.pagi tu kteorang sekelas berkumpul kat wakaf seni bina untuk sediakan kuah lodeh.malam tu memang dah kecoh kat facebook pasal nak masak kuah lodeh ni.siap ade yang post cara-cara nak masak lagi tu. Sebelum nak ke kampus untuk masak, kteorang kumpul rumah Syima dulu untuk potong segala bahan bahan.masa nak potong tu,tangan aku terkena pisau.haihh.mesti orang ingat aku ni tak selalu ke dapur kan.huhu.sedih.settle semua,kteorang gerak sama sama ke kampus untuk masak. PA (penasihat akadmik) pn ade sekaki. Dia lah yang tunjk ajar kteorg cara cara nak masak.masuk itu masuk ini.nak harap kteorg,hmmmpppp.hahaha.so settle masak tengah hari tu,kteorang balik untuk siap siap nak ke jamuan pukul 3 petang tu.si pqeen ni ape kena ntah,takde mood nak pegi. sampai sampai je macam takde orang.tapi kat The Curve tu sesak kot.kalau bab makan,laju je.kteorang sampai ke meja masak lodeh,dah tinggal sikit.banyak punya laku kuah lodeh kelas kteorg.haha. banyak tangan yang masak,memang lah sedap.tangan aku yang potong sayur sayur tu memang lah laku.kehkeh.ni kali terakhir kteorang join jamuan raya.lepas ni takde dah.jom layan gambar gambar yang sempat dirakamkan semasa kejadian berlaku.











Friday, June 28, 2013

Site Visit Project 1 Design 3 Diploma Seni Bina DSB 5B batch jun 2011 Politeknik Ungku Omar

Assalamualaikum.
tadi kami semua berkumpul kat tempat menunggu bas politeknik Ungku Omar pukul 8 pagi untuk pegi ke site visit di Greentown Square , Ipoh untuk subjek Design 3 . pagi tu agak teruja jugak lah sebab dapat jejalan keluar naik bas even tak sampai 15 minit , dah sampai ke destinasi . haha . so sampai tapak , lecturer pot pet pot pet sikit then tinggal kan kami buat kerja . disebabkan kami digabungkan dua kelas sekali , so senang kerja kami sikit . kami bahagi kerja dengan kelas lain . cepat siap , cepat balik . yang kelakarnya bila site tu ade fun fair . alahai ~ macam mana nak buat kerja kalau macam tu .

group aku dapat bab utilities . so , kami kena pusing keliling tapak sehingga sejauh 1 km untuk melihat kemudahan yang ada macam TNB , rumah sampah , bas stop , lampu jalan , jalan untuk pejalan kaki and bla bla bla . kami melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan integriti . eh !








so , sambil berjalan sambil cuci mata . haipp ! cuci mata bagi girls yang macam we ols ni opkoz lah butik . ni haa bukti yang menunjukkan kawan-kawan aku menyelinap masuk ke dalam butik Qasih . aku tak bersubahat tau . aku akan ugut dpeorang dengan gambar-gambar ni . hihihihi .


then , bila dah tawaf keliling site , kami jumpa semula kat tempat berkumpul tadi . ade yang tengah sketch , ade yang tengah ambik gambar , ade yang sembang , ade yang mengukur , ade jugak yang mengopi kat mamak depan tu . well , discussion lah konon . 


   


 gambar ni tak boleh blah . bajet semua macam model . ahaha

 yang dua orang ni tak sure discus pasal site atau benda lain .

 ni adegan mengoder air kat kedai mamak . lai lai lai , sape nak bagi duit .

 
muka penat sketch . 






asal boleh . kat mana-mana sahaja . asalkan permukaan rata . kereta pertama menjadi mangsa .



yang si pinky tu khusyuk buat keje . yang sorang tu sibuk posing . aku ? entah lah .


teman Sarah sketch .

makin  lama makin ramai . kerja dah siap tapi bas & lecturer tak nampak bayang-bayang . kami yang duduk kat tepi jalan tu dah ghupe anak terbiar . ahaha . kerja dah siap , perut dah kenyang ape lagi , lepak bawah pokok lah . gelak sakan . topik hangat bila bincangkan isu rokok . budak lelaki akan beli rokok yang ade gambar janin kat kotak tu . alasan 'aku tak mengandung' . huh ! cucuk perut dengan kayu berapi tau lah .

 perjumpaan ditepi jalan . abis semua kereta orang yang parking situ dibuat meja kerusi sandar . kereta kedua menjadi mangsa .

 perjumpaan hampir tamat . kereta ketiga jadi mangsa .

 dia ni marah sebab dia tak sempat posing masa amik gambar . nahhh . amik depan depan terus .

 ketibaan kumpulan yang baru selesai menjalankan tugas dengan penuh bersemangat . ade muka macam rangga dalam group ni . sape rangga ? search lah kat google .

 muke semua dah penat . lagi sejam baru bas datang .

 tukar tempat lepak . matahari mulai tinggi . lagi 45 minit bas datang .

 asal boleh kan Sarah ? kereta keempat menjadi mangsa .

 kereta seterusnya menjadi mangsa . 32 minit lagi bas datang .

 masih lagi menunggu . 20 minit lagi bas datang .
 nampak tak muka kesian kepenatan dia tu ? masa ni tengah tunggu bas parking . 

oh yeah ! ontheway balik poli . aku duduk depan sekali . malas nak ke belakang yang hangat panas bising .


hopefully sem ni aku dapat kekuatan yang luar biasa untuk menyiapkan projek ni . sem 3 hari tu pn aku dah rase berat sangat . its okay fara nana . demi masa depan . harung aje masa belajar ni . nanti dah abis belajar kompem rindu nak belajar balik . 


last but not least






Sunday, June 23, 2013

Siapa Malaikat itu ?

Assalamualaikum.
Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya , "sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia" . Sesungguhnya bayi itu amat takut , gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tak pernah dilihatnya . Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya , "selama ini ada malaikat yang menjagaku . Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia . Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini ?" Lalu Tuhannya menjawab , "jangan takut . Sesungguhnya Aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti" . 

Akibat masih takut , bayi itu bertanya lagi , "dunia itu sudah tentu berbeza . Jika di dalam syurga ini , aku hanya perlu bermain , bernyanyi dan ketawa membuatkan aku terasa bahagia . Bagaimana di dunia itu nanti ?" . Lalu Tuhannya menjawab , "jangan takut  . Malaikat yang Ku pilih itu akan menyayikan lagu untuk mu , menghadiahkan mu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai" . 

Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi , "aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan . Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka ?" Lalu Tuhannya menjawab , " Malaikat yang Ku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah , paling lembut dan dipenuhi dengan kesabaran serta perhatian . Dengan ketelusan dia akan mengajarmu untuk berbicara . 

Bayi itu berkata lagi , "dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak ?" . Lalu Tuhannya menjawab , "Malaikat mu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti" . Bayi itu terus bertanya , "aku dengar didunia itu ramai orang jahat . Jadi siapa yang akan melindungiku nanti ?" . Lalu tuhannya menjawab , " Malaikat itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya" . 

Dengan sedih bayi itu bertanya lagi , "aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi" . Lalu Tuhannya menjawab , "usar gusar , malaikat mu itu akan menceritakan tentang-Ku kepadamu . Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti . Sesungguhnya Aku sentiasa berada disisimu" .

Dan sebelum diturunkan ke dunia , bayi itu bertanyakan soalan terakhir , "jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu , bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu ?" . Lalu tuhannya menjawab , "Ibu ! Ibu yang melahirkan engkau .

Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum.
minggu lepas 6 syaaban bersamaan 15 jun 2013 , atuk sebelah mama meninggal dunia . kampung mama kat Tanjong Karang , Selangor . arwah nenek dah meninggal dalam tahun 2008 kalau tak silap . masa arwah nenek meninggal , aku ade dengar-dengar yang atuk bisik kat arwah nenek , "nanti jumpa di syurga" . terkejut jugak sebab atuk ni dah boleh diketogerikan nyanyuk . aku rase masa aku kecik lagi atuk memang dah nyanyuk . atuk marah kalau cucu cicit dia main dekat atas pasir . sebab atuk kena ratakan balik pasir yang dah berantakan . tapi sejak aku masuk sekolah menengah , atuk tak kesah kami main atas pasir tu . dia lagi suka tengok kami main bola sepak dekat laman rumah tu . tapi lepas kami main , esok subuh mesti atuk dah ratakan balik pasir tu . atuk ni memang kuat even usia dah lebih 80 tahun . sampai kebun orang pun atuk bersih kan .memang bersih kebun orang sampai adik sedara aku main bola sepak dengan kawan-kawan dia kat situ .

masa 30 mei aku balik kampung , atuk elok lagi . dia still boleh berjalan . so , tak lah fikir ape-ape lagi masa tu . then 8 jun aku balik lagi ke kampung . masa tu wak limah call semua orang yang kaki atuk dah start sakit . kalau digerakkan or disentuh , comferm sakit . mula-mula tak tau pulak semua adik beradik mama balik . so , mama ajak balik malam tu . tapi bila dapat tau semua balik , mama tak nak balik . alasannya sebab dah ramai kat kampung . aku yang excited nak balik ni ttbe masam lepas mama cakap macam tu . bila keknis balik dari kerja , dia ajak balik kampung lepas maghrib . kalau mama tak nak ikut balik kampung , biar kami je yang balik . pinjam kereta mama . finally , lepas maghrib kami bersiap-siap nak balik kampung . mama pun ikut dengan alasannya ''kalau kamu balik , mama mesti balik jugak" . ahaha .  sampai kampung dekat pukul 10 malam . memang ramai saudara mara aku kat kampung tu . masuk je , terus aku ke tempat tido atuk . makcik & pakcik aku semua tengah pujuk atuk untuk pindahkan ke tilam baru . tapi atuk tak nak sebab kaki dia sakit kalau di angkat . semua dah buntu . lelame semua orang pegang , angkat badan di terus pindahkan ke tilam baru . sepanjang di pindahkan sepanjang tu dia cakap , "sakit . sakit . sakit .sakit . sakit" . seriusly , sebelum ni aku tak pernah dengar dia cakap perkataan sakit dengan nada yang sayu macam tu . 

so , pagi tu mama dah nangis-nangis . mama cakap packing barang , nak balik kampung sebab atuk meninggal .bila aku tengah packing-packing tu , mama sibuk call kenalan atuk semua . eh ! dekat sejam dah aku tunggu mama abis call orang . mama ni nak balik ke tak ? tak lama tu abah balik dengan keknis dari tempat kerja keknis . sempat pulak mama basuh baju , abah bagi makan ayam kat reban . alahaiii ~ keknis yang baru balik kerja tu pun dah siap packing . lelama kami tak sabar , kami naik je kereta mama , balik kampung dulu . biar mama dengan abah naik kereta berdua kendian . sampai sane , aku bace yassin . mula-mula tak rasa sangat . tapi bila dah dibacakan doa & cium untuk kali terakhir , masa tu lah sebak nya . dulu kalau cucu cicit nya nak balik , wajib salam dengan dia . masa salam tu , ade ayat suci atuk baca kat kepala then dia hembus & cium kapala . 

masa orang-orang pegi kubur , kami yang kat rumah ni makan dulu . masa makan tu baru lah kenal saudara mara sebelah atuk & nenek . teruk betul ! si Yuyun ni baru masuk kolej kat KL seminggu . bila makan tu mulalah dia bercerita pasal kehidupan kat kolej tu . dia cakap lah kat sane tak boleh nak makan mewah-mewah ni . kena jimat duit . pusing-pusing kat depan lauk , last-last amik telur je . time tu kami memang ketawa gila-gila . suara dia dah lah kuat , semua orang dengar cerita dia . mama dia dengar pun geleng kepala aje . lepas tu makin menjadi-jadi cerita dia . rase macam nak guling-guling je masa tu . sampai tersedak aku makan . "minum air pun air kosong aje . kawan ajak makan , aku cakap takpe . padahal dalam hati ........ makan sekali sehari je . tiap malam peluk tin biskut sekejap je biskut tu abis " . tu lah antara ayat power dia sampai anak buah atuk ni hulur duit kat dia . padahal orang tu kami baru kenal 15 minit yang lalu . orang tu siap offer suruh datang rumah dia bila lapar . "takpe , makcik masak untuk kamu , nanti makcik suruh anak makcik amik kamu kat kolej" . tu pesanan makcik tu before makcik tu amik number Yuyun . lepas makcik tu blah , aku sakat si Yuyun , "boleh lah makan nasi ayam seminggu" . bantai semua orang gelak . nasib baik takde makcik aku yang garang tu kat situ . kalau tak , comferm kena marah .

so , malam tu kenduri lepas maghrib . lepas kenduri semua tu , kami semua baru makan . bingit . nak makan pun tak senang . anak pertama atuk tu cucunya dah lah 12 orang lelaki . ganas ye ya ampunn . so , berpuak-puak lah cucu cicit atuk ni . yang lelaki geng lelaki , anak dara satu geng , yang budak satu geng , mak mak satu geng . bila semua settle , kami semua disuruh kumpul kat ruang tamu depan . abang sariman (cucu menantu pertama atuk) jadi jurucakap . dia cakap atuk mintak dua permintaan masa dia meninggal dunia . first bacaan ayat suci masa mandikan jenazah and second , bacakan surah al-Fatihah , surah yassin , surah ape ntah lagi (ade lah dalam 5 buah surah) sebanyak 5 kali berturut-turut . tapi abg sariman cakap , malam ni kte buat bacaan al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap orang . so , malam tu kami berkumpul , penuh ruang tamu tu . tengah kusyuk baca , si budak kecik cicit atuk ni sibuk kacau-kacau orang . geng dia yang lain dah sekolah , so boleh fikir kenapa kena diam . budak kecik usia 4 tahun tu taunya main aje . mula-mula dia tampar kawan dia . lepas tu dicubit-cubit , tak cukup tu menyelit-nyelit kat geng dia . kami yang tengok ni nak tergelak pun ade . tapi tahan aje lah . selesai baca semua , abg sariman baca ayat suci then dia sebut nama semua orang mengikut urutan salasilah keluarga . tang disebut nama aku , ttbe rase sebak . abis baca doa , kami disuruh untuk basuh muka guna bekas air mandi jenazah tadi dan baca doa masa nak sapu tu sebanyak 3 kali .

sementara tunggu giliran basuh muka tu , abg sariman panggil yang mana anak-anak dara dan anak-anak teruna . si Yuyun duduk paling depan , abg sariman tarik dia . dia tetakkan jari ke pusat Yuyun , then dia baca ayat suci . lepas tu ke muka . then abg sariman pusingkan badan Yuyun . ditepuk-tepuk belakang tu . lepas tu pusing balik kedepan dia baca ayat lagi then dia tiup . gelak guling-guling kami semua . bukannya sakit , cuma geli . then turn aku pulak . mintak keberkatan kan ? sape yang tak nak . then dia pegang pinggang aku . then pusing belakang . then kat muka . dia tulis kalimah ALLAH kat dahi aku . fuhhhh ! sakit bila ditepuk-tepuk je lah . yang lain tu geli je . dekat pukul 12  dia rehat kejap . lepas tu dia sambung lagi yang mane belum settle .

esok pagi semua orang lepak-lepak kat luar rumah . budak-budak ? hmm . main bola atas pasir lah . ape kena dengan aku pagi tu ntah , rajin pulak nak sapu daun-daun kering . lepas tu aku lari ke tepi rumah . tengok cik mirul gali lubang . gali lubang untuk tanam baju-baju atok tu .  then kedepan balik , semua orang sibuk nak ke kubur . aku punyelah excited dah masuk kereta , rupa-rupanya kena halau atas sebab-sebab tertentu . lame aku tunggu dpeorang balik dari kubur . so , petang tu ramai yang balik ke rumah masing-masing . and minggu ni ade kenduri lagi . tadi si Yuyun call , dia cakap semua balik . alahai ~ aku pun nak join tapi aku dah kat Ipoh . 


ni lah budak yang suka sangat kacau orang tu . 

 gambar ni ditangkap masa tahun 2012

abang sariman ade pesan , sedekah al-Fatihah kat atuk and nenek 40 hari berturut-turut . aminn .

Tuesday, June 4, 2013

berdating with ....

Assalamualaikum .
sepanjang cuti semester ni , aku banyak menghabiskan masa aku duduk terkurung kat dalam rumah . niat dihati nak kerja tapi ade sebab yang sangat kuat . yang membuatkan aku rase bersalah kalau aku kerja . so , untuk menjaga hati semua orang , aku decide untuk stay kat rumah . boleh gila jugak lah kalau terperap dalam rumah aje . ade satu petang tu , aku tunggu si keknis balik dari kerja . dah pukul 6 petang , tapi bayang-bayang di still lagi tak muncul . haish . otak aku tak boleh tahan , aku keluar je dari rumah . lepak bawah pokok dengan sedara aku . huh . hilang segala seteressss . 

so , bila cuti sekolah bermula , berlumba-lumba jugaklah kad jemputan nak masuk rumah aku . dan kad jemputan tu macam menarik perhatian aku untuk baca satu persatu . sedozen jugak lah jemputan ade atas meja tu . kalau ikutkan hati malas aku nak baca sebab aku bukan kenal sangat pun . bila aku tanya kat mama , aku still tak kenal . tapi motif pertama aku baca kad jemputan tu ialah kot-kot lah ade kawan aku terselit nak kawen kan . hahaha . motif kedua , aku nak tengok kad jemputan yang mana paling cantik . dan motif ketiga , saje aku belek-belek kad jemputan tu . ye lah , nanti aku kawen , takde sape nak bukak kad jemputan aku . sedih !

so masa 02 jun 2013 , keknis ajak aku pegi kenduri rumah kawan dia , kak hajar . fyi , kteorang dah pegi rumah kak hajar ni 2 malam berturut-turut . rewang lah kononnya . so , kami ni kirenye tetamu  VIP jugak lah sebab dah bertungkus lumus rewang seminggu sebelum kenduri . berpeluh jugak lah aku masukkan gula-gula dalam bekas tu . hahaha . sampai jiran sebelah rumah dia dah kenal kami . 

so , masa kenduri kteorang datang lambat sikit kat rumah kak hajar sebab aku dengan yang lain pegi kenduri kat rumah pengetua Smk Seri Kandi . kat sane pun kami tatamu VIP jugak tau . balik dari kenduri tu , si keknis ni tak siap-siap lagi . alahai ~ cair dah mekap aku . dalam 1:30 baru kteorang gerak ke rumah kak hajar . sampai sane blur jugak sebab ramai orang . perut aku dah penuh dengan nasi , so aku decide makan ape aje yang ade kat candy corner tu . pop ! setetes coklat jatuh kat atas baju aku . pop ! terkena coklat kat lengan baju . tiba-tiba sorang makcik ni duduk sebelah kami . makcik tu tegur kami , 'kamu lagi' . mak aihhhh . kuat jugak daya ingatan makcik ni kat kami . makcik ni siap offer nak jadi mak mertua kami tau . setiap kali anak dia lalu depan dia , mesti dia promote habis-habisan . merah terus muka anak dia . tak concentrate anak dia nak angkat pinggan . kami gelak aje . hingatkan makcik ni main-main . siap dia kenalkan suami dia kat kami . semua anak dia kenalkan kat kami . alahai ~ best kalau dapat mak mertua yang sporting macam ni . 


 





 
dekat 2 jam jugak kteorang lepak kat rumah kak hajar . siap dia bekalkan kami buah yang disalut dengan coklat . nikmat ! aku ni jenis tak boleh nampak kek , lepas je pengantin potong kek , terus aku mintak kek tu . haha . time nak balik tu , ttbe minyak nak abis . terus lah ke bandar teluk intan . alang-alang tu , singgah giant . si keknis nak beli barang . sikit punya cantik aku masuk giant dengan baju comot macam tu . masa aku pegang kek kat dalm kereta , kena krim kek tu kat baju . haih . time nak balik , keknis ajak pegi kenduri berkhatan anak kawan dia . jom aje . sampai tempat kenduri , makan aje lah kejenya . pop ! kuah satay tumpah sikit kat baju . mengamuk jugak si keknis tu sebab baju tu dia punya . haha . sebelum balik kteorang singgah TF . nak cari barang yang kami tak jumpa kat giant tadi . banyak punya cantik aku masuk TF dengan baju comot yang bertambah comot . so sampai rumah dalam puku 8 malam . sampai mama call kami . ye lah , kami naik kereta dia , memang lah dia call . haha . memang penat + membuang masa . but at least aku dapat bawak otak aku berjalan-jalan sambil berfikir . takde lah duduk rumah tido , makan , tengok tv . and yang paling best aku dapat spend time berdua-duaan dengan keknis . nanti aku balik poli , takde lah aku ngigaukan dia . ihiks !





perangai yang tak boleh nak ubah seperti biasa bila seminggu sebelum nak masuk poli , baru sibuk nak berdating dengan Lieya . padahal cuti sebulan lebih , seminggu last tu baru nak terhegeh-hegeh buat temu janji dengan Lieya . and kalau kteorang nak lepak mane-mane mesti stop kat giant beli aiskrim kat bawah tu . seriusly , even aiskrim tu harganya seringgit lebih , tapi aku puas gile bila dapat makan . kalau aku lepak rumah Lieya mesti berejam . kekadang tu sampai budak sekolah balik ,aku still stay rumah Lieya . huh ! tak malu . disebabkan tinggal seminggu je lagi cuti , setiap hari aku buat temu janji dengan Lieya . and hari last kami lepaking dekat taman permainan . and before ke sane , kami beli aiskrim kat giant dulu . and entah ape kena dengan aku hari tu , aku beli banyak aiskrim . kalau ade budak yang comels kat taman tu , aku hulur je terus aiskrim tu . tapi petang tu aku tengok macam tak ramai orang je . hampehh . eh ! silap . hampa . so , disebabkan ni last aku dating dengan Lieya , so aku cuba membuat suasana romantik . ihiks .