Friday, June 28, 2013

Site Visit Project 1 Design 3 Diploma Seni Bina DSB 5B batch jun 2011 Politeknik Ungku Omar

Assalamualaikum.
tadi kami semua berkumpul kat tempat menunggu bas politeknik Ungku Omar pukul 8 pagi untuk pegi ke site visit di Greentown Square , Ipoh untuk subjek Design 3 . pagi tu agak teruja jugak lah sebab dapat jejalan keluar naik bas even tak sampai 15 minit , dah sampai ke destinasi . haha . so sampai tapak , lecturer pot pet pot pet sikit then tinggal kan kami buat kerja . disebabkan kami digabungkan dua kelas sekali , so senang kerja kami sikit . kami bahagi kerja dengan kelas lain . cepat siap , cepat balik . yang kelakarnya bila site tu ade fun fair . alahai ~ macam mana nak buat kerja kalau macam tu .

group aku dapat bab utilities . so , kami kena pusing keliling tapak sehingga sejauh 1 km untuk melihat kemudahan yang ada macam TNB , rumah sampah , bas stop , lampu jalan , jalan untuk pejalan kaki and bla bla bla . kami melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan integriti . eh !








so , sambil berjalan sambil cuci mata . haipp ! cuci mata bagi girls yang macam we ols ni opkoz lah butik . ni haa bukti yang menunjukkan kawan-kawan aku menyelinap masuk ke dalam butik Qasih . aku tak bersubahat tau . aku akan ugut dpeorang dengan gambar-gambar ni . hihihihi .


then , bila dah tawaf keliling site , kami jumpa semula kat tempat berkumpul tadi . ade yang tengah sketch , ade yang tengah ambik gambar , ade yang sembang , ade yang mengukur , ade jugak yang mengopi kat mamak depan tu . well , discussion lah konon . 


   


 gambar ni tak boleh blah . bajet semua macam model . ahaha

 yang dua orang ni tak sure discus pasal site atau benda lain .

 ni adegan mengoder air kat kedai mamak . lai lai lai , sape nak bagi duit .

 
muka penat sketch . 






asal boleh . kat mana-mana sahaja . asalkan permukaan rata . kereta pertama menjadi mangsa .



yang si pinky tu khusyuk buat keje . yang sorang tu sibuk posing . aku ? entah lah .


teman Sarah sketch .

makin  lama makin ramai . kerja dah siap tapi bas & lecturer tak nampak bayang-bayang . kami yang duduk kat tepi jalan tu dah ghupe anak terbiar . ahaha . kerja dah siap , perut dah kenyang ape lagi , lepak bawah pokok lah . gelak sakan . topik hangat bila bincangkan isu rokok . budak lelaki akan beli rokok yang ade gambar janin kat kotak tu . alasan 'aku tak mengandung' . huh ! cucuk perut dengan kayu berapi tau lah .

 perjumpaan ditepi jalan . abis semua kereta orang yang parking situ dibuat meja kerusi sandar . kereta kedua menjadi mangsa .

 perjumpaan hampir tamat . kereta ketiga jadi mangsa .

 dia ni marah sebab dia tak sempat posing masa amik gambar . nahhh . amik depan depan terus .

 ketibaan kumpulan yang baru selesai menjalankan tugas dengan penuh bersemangat . ade muka macam rangga dalam group ni . sape rangga ? search lah kat google .

 muke semua dah penat . lagi sejam baru bas datang .

 tukar tempat lepak . matahari mulai tinggi . lagi 45 minit bas datang .

 asal boleh kan Sarah ? kereta keempat menjadi mangsa .

 kereta seterusnya menjadi mangsa . 32 minit lagi bas datang .

 masih lagi menunggu . 20 minit lagi bas datang .
 nampak tak muka kesian kepenatan dia tu ? masa ni tengah tunggu bas parking . 

oh yeah ! ontheway balik poli . aku duduk depan sekali . malas nak ke belakang yang hangat panas bising .


hopefully sem ni aku dapat kekuatan yang luar biasa untuk menyiapkan projek ni . sem 3 hari tu pn aku dah rase berat sangat . its okay fara nana . demi masa depan . harung aje masa belajar ni . nanti dah abis belajar kompem rindu nak belajar balik . 


last but not least






No comments:

Post a Comment