Friday, June 28, 2013

Site Visit Project 1 Design 3 Diploma Seni Bina DSB 5B batch jun 2011 Politeknik Ungku Omar

Assalamualaikum.
tadi kami semua berkumpul kat tempat menunggu bas politeknik Ungku Omar pukul 8 pagi untuk pegi ke site visit di Greentown Square , Ipoh untuk subjek Design 3 . pagi tu agak teruja jugak lah sebab dapat jejalan keluar naik bas even tak sampai 15 minit , dah sampai ke destinasi . haha . so sampai tapak , lecturer pot pet pot pet sikit then tinggal kan kami buat kerja . disebabkan kami digabungkan dua kelas sekali , so senang kerja kami sikit . kami bahagi kerja dengan kelas lain . cepat siap , cepat balik . yang kelakarnya bila site tu ade fun fair . alahai ~ macam mana nak buat kerja kalau macam tu .

group aku dapat bab utilities . so , kami kena pusing keliling tapak sehingga sejauh 1 km untuk melihat kemudahan yang ada macam TNB , rumah sampah , bas stop , lampu jalan , jalan untuk pejalan kaki and bla bla bla . kami melakukan kerja dengan penuh dedikasi dan integriti . eh !








so , sambil berjalan sambil cuci mata . haipp ! cuci mata bagi girls yang macam we ols ni opkoz lah butik . ni haa bukti yang menunjukkan kawan-kawan aku menyelinap masuk ke dalam butik Qasih . aku tak bersubahat tau . aku akan ugut dpeorang dengan gambar-gambar ni . hihihihi .


then , bila dah tawaf keliling site , kami jumpa semula kat tempat berkumpul tadi . ade yang tengah sketch , ade yang tengah ambik gambar , ade yang sembang , ade yang mengukur , ade jugak yang mengopi kat mamak depan tu . well , discussion lah konon . 


   


 gambar ni tak boleh blah . bajet semua macam model . ahaha

 yang dua orang ni tak sure discus pasal site atau benda lain .

 ni adegan mengoder air kat kedai mamak . lai lai lai , sape nak bagi duit .

 
muka penat sketch . 






asal boleh . kat mana-mana sahaja . asalkan permukaan rata . kereta pertama menjadi mangsa .



yang si pinky tu khusyuk buat keje . yang sorang tu sibuk posing . aku ? entah lah .


teman Sarah sketch .

makin  lama makin ramai . kerja dah siap tapi bas & lecturer tak nampak bayang-bayang . kami yang duduk kat tepi jalan tu dah ghupe anak terbiar . ahaha . kerja dah siap , perut dah kenyang ape lagi , lepak bawah pokok lah . gelak sakan . topik hangat bila bincangkan isu rokok . budak lelaki akan beli rokok yang ade gambar janin kat kotak tu . alasan 'aku tak mengandung' . huh ! cucuk perut dengan kayu berapi tau lah .

 perjumpaan ditepi jalan . abis semua kereta orang yang parking situ dibuat meja kerusi sandar . kereta kedua menjadi mangsa .

 perjumpaan hampir tamat . kereta ketiga jadi mangsa .

 dia ni marah sebab dia tak sempat posing masa amik gambar . nahhh . amik depan depan terus .

 ketibaan kumpulan yang baru selesai menjalankan tugas dengan penuh bersemangat . ade muka macam rangga dalam group ni . sape rangga ? search lah kat google .

 muke semua dah penat . lagi sejam baru bas datang .

 tukar tempat lepak . matahari mulai tinggi . lagi 45 minit bas datang .

 asal boleh kan Sarah ? kereta keempat menjadi mangsa .

 kereta seterusnya menjadi mangsa . 32 minit lagi bas datang .

 masih lagi menunggu . 20 minit lagi bas datang .
 nampak tak muka kesian kepenatan dia tu ? masa ni tengah tunggu bas parking . 

oh yeah ! ontheway balik poli . aku duduk depan sekali . malas nak ke belakang yang hangat panas bising .


hopefully sem ni aku dapat kekuatan yang luar biasa untuk menyiapkan projek ni . sem 3 hari tu pn aku dah rase berat sangat . its okay fara nana . demi masa depan . harung aje masa belajar ni . nanti dah abis belajar kompem rindu nak belajar balik . 


last but not least






Sunday, June 23, 2013

Siapa Malaikat itu ?

Assalamualaikum.
Suatu hari seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya , "sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia" . Sesungguhnya bayi itu amat takut , gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tak pernah dilihatnya . Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya , "selama ini ada malaikat yang menjagaku . Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia . Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini ?" Lalu Tuhannya menjawab , "jangan takut . Sesungguhnya Aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti" . 

Akibat masih takut , bayi itu bertanya lagi , "dunia itu sudah tentu berbeza . Jika di dalam syurga ini , aku hanya perlu bermain , bernyanyi dan ketawa membuatkan aku terasa bahagia . Bagaimana di dunia itu nanti ?" . Lalu Tuhannya menjawab , "jangan takut  . Malaikat yang Ku pilih itu akan menyayikan lagu untuk mu , menghadiahkan mu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai" . 

Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi , "aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan . Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka ?" Lalu Tuhannya menjawab , " Malaikat yang Ku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah , paling lembut dan dipenuhi dengan kesabaran serta perhatian . Dengan ketelusan dia akan mengajarmu untuk berbicara . 

Bayi itu berkata lagi , "dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak ?" . Lalu Tuhannya menjawab , "Malaikat mu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti" . Bayi itu terus bertanya , "aku dengar didunia itu ramai orang jahat . Jadi siapa yang akan melindungiku nanti ?" . Lalu tuhannya menjawab , " Malaikat itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya" . 

Dengan sedih bayi itu bertanya lagi , "aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi" . Lalu Tuhannya menjawab , "usar gusar , malaikat mu itu akan menceritakan tentang-Ku kepadamu . Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti . Sesungguhnya Aku sentiasa berada disisimu" .

Dan sebelum diturunkan ke dunia , bayi itu bertanyakan soalan terakhir , "jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu , bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu ?" . Lalu tuhannya menjawab , "Ibu ! Ibu yang melahirkan engkau .

Saturday, June 22, 2013

Assalamualaikum.
minggu lepas 6 syaaban bersamaan 15 jun 2013 , atuk sebelah mama meninggal dunia . kampung mama kat Tanjong Karang , Selangor . arwah nenek dah meninggal dalam tahun 2008 kalau tak silap . masa arwah nenek meninggal , aku ade dengar-dengar yang atuk bisik kat arwah nenek , "nanti jumpa di syurga" . terkejut jugak sebab atuk ni dah boleh diketogerikan nyanyuk . aku rase masa aku kecik lagi atuk memang dah nyanyuk . atuk marah kalau cucu cicit dia main dekat atas pasir . sebab atuk kena ratakan balik pasir yang dah berantakan . tapi sejak aku masuk sekolah menengah , atuk tak kesah kami main atas pasir tu . dia lagi suka tengok kami main bola sepak dekat laman rumah tu . tapi lepas kami main , esok subuh mesti atuk dah ratakan balik pasir tu . atuk ni memang kuat even usia dah lebih 80 tahun . sampai kebun orang pun atuk bersih kan .memang bersih kebun orang sampai adik sedara aku main bola sepak dengan kawan-kawan dia kat situ .

masa 30 mei aku balik kampung , atuk elok lagi . dia still boleh berjalan . so , tak lah fikir ape-ape lagi masa tu . then 8 jun aku balik lagi ke kampung . masa tu wak limah call semua orang yang kaki atuk dah start sakit . kalau digerakkan or disentuh , comferm sakit . mula-mula tak tau pulak semua adik beradik mama balik . so , mama ajak balik malam tu . tapi bila dapat tau semua balik , mama tak nak balik . alasannya sebab dah ramai kat kampung . aku yang excited nak balik ni ttbe masam lepas mama cakap macam tu . bila keknis balik dari kerja , dia ajak balik kampung lepas maghrib . kalau mama tak nak ikut balik kampung , biar kami je yang balik . pinjam kereta mama . finally , lepas maghrib kami bersiap-siap nak balik kampung . mama pun ikut dengan alasannya ''kalau kamu balik , mama mesti balik jugak" . ahaha .  sampai kampung dekat pukul 10 malam . memang ramai saudara mara aku kat kampung tu . masuk je , terus aku ke tempat tido atuk . makcik & pakcik aku semua tengah pujuk atuk untuk pindahkan ke tilam baru . tapi atuk tak nak sebab kaki dia sakit kalau di angkat . semua dah buntu . lelame semua orang pegang , angkat badan di terus pindahkan ke tilam baru . sepanjang di pindahkan sepanjang tu dia cakap , "sakit . sakit . sakit .sakit . sakit" . seriusly , sebelum ni aku tak pernah dengar dia cakap perkataan sakit dengan nada yang sayu macam tu . 

so , pagi tu mama dah nangis-nangis . mama cakap packing barang , nak balik kampung sebab atuk meninggal .bila aku tengah packing-packing tu , mama sibuk call kenalan atuk semua . eh ! dekat sejam dah aku tunggu mama abis call orang . mama ni nak balik ke tak ? tak lama tu abah balik dengan keknis dari tempat kerja keknis . sempat pulak mama basuh baju , abah bagi makan ayam kat reban . alahaiii ~ keknis yang baru balik kerja tu pun dah siap packing . lelama kami tak sabar , kami naik je kereta mama , balik kampung dulu . biar mama dengan abah naik kereta berdua kendian . sampai sane , aku bace yassin . mula-mula tak rasa sangat . tapi bila dah dibacakan doa & cium untuk kali terakhir , masa tu lah sebak nya . dulu kalau cucu cicit nya nak balik , wajib salam dengan dia . masa salam tu , ade ayat suci atuk baca kat kepala then dia hembus & cium kapala . 

masa orang-orang pegi kubur , kami yang kat rumah ni makan dulu . masa makan tu baru lah kenal saudara mara sebelah atuk & nenek . teruk betul ! si Yuyun ni baru masuk kolej kat KL seminggu . bila makan tu mulalah dia bercerita pasal kehidupan kat kolej tu . dia cakap lah kat sane tak boleh nak makan mewah-mewah ni . kena jimat duit . pusing-pusing kat depan lauk , last-last amik telur je . time tu kami memang ketawa gila-gila . suara dia dah lah kuat , semua orang dengar cerita dia . mama dia dengar pun geleng kepala aje . lepas tu makin menjadi-jadi cerita dia . rase macam nak guling-guling je masa tu . sampai tersedak aku makan . "minum air pun air kosong aje . kawan ajak makan , aku cakap takpe . padahal dalam hati ........ makan sekali sehari je . tiap malam peluk tin biskut sekejap je biskut tu abis " . tu lah antara ayat power dia sampai anak buah atuk ni hulur duit kat dia . padahal orang tu kami baru kenal 15 minit yang lalu . orang tu siap offer suruh datang rumah dia bila lapar . "takpe , makcik masak untuk kamu , nanti makcik suruh anak makcik amik kamu kat kolej" . tu pesanan makcik tu before makcik tu amik number Yuyun . lepas makcik tu blah , aku sakat si Yuyun , "boleh lah makan nasi ayam seminggu" . bantai semua orang gelak . nasib baik takde makcik aku yang garang tu kat situ . kalau tak , comferm kena marah .

so , malam tu kenduri lepas maghrib . lepas kenduri semua tu , kami semua baru makan . bingit . nak makan pun tak senang . anak pertama atuk tu cucunya dah lah 12 orang lelaki . ganas ye ya ampunn . so , berpuak-puak lah cucu cicit atuk ni . yang lelaki geng lelaki , anak dara satu geng , yang budak satu geng , mak mak satu geng . bila semua settle , kami semua disuruh kumpul kat ruang tamu depan . abang sariman (cucu menantu pertama atuk) jadi jurucakap . dia cakap atuk mintak dua permintaan masa dia meninggal dunia . first bacaan ayat suci masa mandikan jenazah and second , bacakan surah al-Fatihah , surah yassin , surah ape ntah lagi (ade lah dalam 5 buah surah) sebanyak 5 kali berturut-turut . tapi abg sariman cakap , malam ni kte buat bacaan al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap orang . so , malam tu kami berkumpul , penuh ruang tamu tu . tengah kusyuk baca , si budak kecik cicit atuk ni sibuk kacau-kacau orang . geng dia yang lain dah sekolah , so boleh fikir kenapa kena diam . budak kecik usia 4 tahun tu taunya main aje . mula-mula dia tampar kawan dia . lepas tu dicubit-cubit , tak cukup tu menyelit-nyelit kat geng dia . kami yang tengok ni nak tergelak pun ade . tapi tahan aje lah . selesai baca semua , abg sariman baca ayat suci then dia sebut nama semua orang mengikut urutan salasilah keluarga . tang disebut nama aku , ttbe rase sebak . abis baca doa , kami disuruh untuk basuh muka guna bekas air mandi jenazah tadi dan baca doa masa nak sapu tu sebanyak 3 kali .

sementara tunggu giliran basuh muka tu , abg sariman panggil yang mana anak-anak dara dan anak-anak teruna . si Yuyun duduk paling depan , abg sariman tarik dia . dia tetakkan jari ke pusat Yuyun , then dia baca ayat suci . lepas tu ke muka . then abg sariman pusingkan badan Yuyun . ditepuk-tepuk belakang tu . lepas tu pusing balik kedepan dia baca ayat lagi then dia tiup . gelak guling-guling kami semua . bukannya sakit , cuma geli . then turn aku pulak . mintak keberkatan kan ? sape yang tak nak . then dia pegang pinggang aku . then pusing belakang . then kat muka . dia tulis kalimah ALLAH kat dahi aku . fuhhhh ! sakit bila ditepuk-tepuk je lah . yang lain tu geli je . dekat pukul 12  dia rehat kejap . lepas tu dia sambung lagi yang mane belum settle .

esok pagi semua orang lepak-lepak kat luar rumah . budak-budak ? hmm . main bola atas pasir lah . ape kena dengan aku pagi tu ntah , rajin pulak nak sapu daun-daun kering . lepas tu aku lari ke tepi rumah . tengok cik mirul gali lubang . gali lubang untuk tanam baju-baju atok tu .  then kedepan balik , semua orang sibuk nak ke kubur . aku punyelah excited dah masuk kereta , rupa-rupanya kena halau atas sebab-sebab tertentu . lame aku tunggu dpeorang balik dari kubur . so , petang tu ramai yang balik ke rumah masing-masing . and minggu ni ade kenduri lagi . tadi si Yuyun call , dia cakap semua balik . alahai ~ aku pun nak join tapi aku dah kat Ipoh . 


ni lah budak yang suka sangat kacau orang tu

 gambar ni ditangkap masa tahun 2012

abang sariman ade pesan , sedekah al-Fatihah kat atuk and nenek 40 hari berturut-turut . aminn .

Tuesday, June 4, 2013

berdating with ....

Assalamualaikum .
sepanjang cuti semester ni , aku banyak menghabiskan masa aku duduk terkurung kat dalam rumah . niat dihati nak kerja tapi ade sebab yang sangat kuat . yang membuatkan aku rase bersalah kalau aku kerja . so , untuk menjaga hati semua orang , aku decide untuk stay kat rumah . boleh gila jugak lah kalau terperap dalam rumah aje . ade satu petang tu , aku tunggu si keknis balik dari kerja . dah pukul 6 petang , tapi bayang-bayang di still lagi tak muncul . haish . otak aku tak boleh tahan , aku keluar je dari rumah . lepak bawah pokok dengan sedara aku . huh . hilang segala seteressss . 

so , bila cuti sekolah bermula , berlumba-lumba jugaklah kad jemputan nak masuk rumah aku . dan kad jemputan tu macam menarik perhatian aku untuk baca satu persatu . sedozen jugak lah jemputan ade atas meja tu . kalau ikutkan hati malas aku nak baca sebab aku bukan kenal sangat pun . bila aku tanya kat mama , aku still tak kenal . tapi motif pertama aku baca kad jemputan tu ialah kot-kot lah ade kawan aku terselit nak kawen kan . hahaha . motif kedua , aku nak tengok kad jemputan yang mana paling cantik . dan motif ketiga , saje aku belek-belek kad jemputan tu . ye lah , nanti aku kawen , takde sape nak bukak kad jemputan aku . sedih !

so masa 02 jun 2013 , keknis ajak aku pegi kenduri rumah kawan dia , kak hajar . fyi , kteorang dah pegi rumah kak hajar ni 2 malam berturut-turut . rewang lah kononnya . so , kami ni kirenye tetamu  VIP jugak lah sebab dah bertungkus lumus rewang seminggu sebelum kenduri . berpeluh jugak lah aku masukkan gula-gula dalam bekas tu . hahaha . sampai jiran sebelah rumah dia dah kenal kami . 

so , masa kenduri kteorang datang lambat sikit kat rumah kak hajar sebab aku dengan yang lain pegi kenduri kat rumah pengetua Smk Seri Kandi . kat sane pun kami tatamu VIP jugak tau . balik dari kenduri tu , si keknis ni tak siap-siap lagi . alahai ~ cair dah mekap aku . dalam 1:30 baru kteorang gerak ke rumah kak hajar . sampai sane blur jugak sebab ramai orang . perut aku dah penuh dengan nasi , so aku decide makan ape aje yang ade kat candy corner tu . pop ! setetes coklat jatuh kat atas baju aku . pop ! terkena coklat kat lengan baju . tiba-tiba sorang makcik ni duduk sebelah kami . makcik tu tegur kami , 'kamu lagi' . mak aihhhh . kuat jugak daya ingatan makcik ni kat kami . makcik ni siap offer nak jadi mak mertua kami tau . setiap kali anak dia lalu depan dia , mesti dia promote habis-habisan . merah terus muka anak dia . tak concentrate anak dia nak angkat pinggan . kami gelak aje . hingatkan makcik ni main-main . siap dia kenalkan suami dia kat kami . semua anak dia kenalkan kat kami . alahai ~ best kalau dapat mak mertua yang sporting macam ni . 


 





 
dekat 2 jam jugak kteorang lepak kat rumah kak hajar . siap dia bekalkan kami buah yang disalut dengan coklat . nikmat ! aku ni jenis tak boleh nampak kek , lepas je pengantin potong kek , terus aku mintak kek tu . haha . time nak balik tu , ttbe minyak nak abis . terus lah ke bandar teluk intan . alang-alang tu , singgah giant . si keknis nak beli barang . sikit punya cantik aku masuk giant dengan baju comot macam tu . masa aku pegang kek kat dalm kereta , kena krim kek tu kat baju . haih . time nak balik , keknis ajak pegi kenduri berkhatan anak kawan dia . jom aje . sampai tempat kenduri , makan aje lah kejenya . pop ! kuah satay tumpah sikit kat baju . mengamuk jugak si keknis tu sebab baju tu dia punya . haha . sebelum balik kteorang singgah TF . nak cari barang yang kami tak jumpa kat giant tadi . banyak punya cantik aku masuk TF dengan baju comot yang bertambah comot . so sampai rumah dalam puku 8 malam . sampai mama call kami . ye lah , kami naik kereta dia , memang lah dia call . haha . memang penat + membuang masa . but at least aku dapat bawak otak aku berjalan-jalan sambil berfikir . takde lah duduk rumah tido , makan , tengok tv . and yang paling best aku dapat spend time berdua-duaan dengan keknis . nanti aku balik poli , takde lah aku ngigaukan dia . ihiks !





perangai yang tak boleh nak ubah seperti biasa bila seminggu sebelum nak masuk poli , baru sibuk nak berdating dengan Lieya . padahal cuti sebulan lebih , seminggu last tu baru nak terhegeh-hegeh buat temu janji dengan Lieya . and kalau kteorang nak lepak mane-mane mesti stop kat giant beli aiskrim kat bawah tu . seriusly , even aiskrim tu harganya seringgit lebih , tapi aku puas gile bila dapat makan . kalau aku lepak rumah Lieya mesti berejam . kekadang tu sampai budak sekolah balik ,aku still stay rumah Lieya . huh ! tak malu . disebabkan tinggal seminggu je lagi cuti , setiap hari aku buat temu janji dengan Lieya . and hari last kami lepaking dekat taman permainan . and before ke sane , kami beli aiskrim kat giant dulu . and entah ape kena dengan aku hari tu , aku beli banyak aiskrim . kalau ade budak yang comels kat taman tu , aku hulur je terus aiskrim tu . tapi petang tu aku tengok macam tak ramai orang je . hampehh . eh ! silap . hampa . so , disebabkan ni last aku dating dengan Lieya , so aku cuba membuat suasana romantik . ihiks .