Saturday, August 24, 2013

RAYA STYLE SENI BINA



Assalamualaikum,
Kelab seni bina ade buat jamuan raya untuk warga seni bina.tapi pagi tu setiap kelas kena sediakan makanan raya. I mean kena masak menu yang lecturer dah tetapkan.pagi tu kteorang sekelas berkumpul kat wakaf seni bina untuk sediakan kuah lodeh.malam tu memang dah kecoh kat facebook pasal nak masak kuah lodeh ni.siap ade yang post cara-cara nak masak lagi tu. Sebelum nak ke kampus untuk masak, kteorang kumpul rumah Syima dulu untuk potong segala bahan bahan.masa nak potong tu,tangan aku terkena pisau.haihh.mesti orang ingat aku ni tak selalu ke dapur kan.huhu.sedih.settle semua,kteorang gerak sama sama ke kampus untuk masak. PA (penasihat akadmik) pn ade sekaki. Dia lah yang tunjk ajar kteorg cara cara nak masak.masuk itu masuk ini.nak harap kteorg,hmmmpppp.hahaha.so settle masak tengah hari tu,kteorang balik untuk siap siap nak ke jamuan pukul 3 petang tu.si pqeen ni ape kena ntah,takde mood nak pegi. sampai sampai je macam takde orang.tapi kat The Curve tu sesak kot.kalau bab makan,laju je.kteorang sampai ke meja masak lodeh,dah tinggal sikit.banyak punya laku kuah lodeh kelas kteorg.haha. banyak tangan yang masak,memang lah sedap.tangan aku yang potong sayur sayur tu memang lah laku.kehkeh.ni kali terakhir kteorang join jamuan raya.lepas ni takde dah.jom layan gambar gambar yang sempat dirakamkan semasa kejadian berlaku.