Sunday, July 15, 2012

when science + islamic = ohsem !

Assalamualaikum .
okay , kali ni aku nak karang sebuah kajian . eh ! tetibe je kan . bukan ape , aku ada terbaca artikel ni .

Kajian seorang pakar otak , V.G. Rocine mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 42 darjah celsius . kecairan fosforus otak boleh terjadi sekiranya seseorang itu terdedah di bawah terik matahari bagi satu tempoh jangka masa yang lama tanpa sebarang penutup atau pelindung kepala . kesan pemanasan suhu kepala yang melampau ini boleh mengakibatkan fosforus otak mencair sehingga fungsi otak menurun selain menyebabkan kerosakan kekal pada saraf otak , kehilangan memori , dan kehilangan sebahagian fungsi otak . Justeru , seseorang dinasihatkan supaya menutup kepala sekiranya berada di bawah terik matahari .

Jap , jap , jap . belum habis lagi . bace sampai abis , baru korang buat kesimpulan sendiri , okay ?

Anne Moir dan David Jessel dalam buku Brain Sex : The Real Difference Between Man And Women menyatakan wanita langsung tidak terangsang apabila melihat gambar-gambar erotik . lelaki pula adalah sebaliknya dan hanya melalui gambar-gambar lucah itu mereka mampu berkhayal melalui fantasi seks . Helen Fisher dalam bukunya The First Sex pula menyatakan satu kajian dilakukan melibatkan kaum wanita dan lelaki di amerika . kajian tersebut mendapati sebanyak 65% lelaki mengatakan mereka pernah mengintai bilik tidur wanita berbanding wanita hanya 20% melakukan perkara yang sama . Sebenarnya kaum lelaki terangsang melalui penglihatan dan kaum wanita pula akan terangsang dengan komitmen dan kasih sayang dalam hubungan !

Eh ! apa kaitan kisah bertudung kepala di atas tadi dengan rangsangan seks lelaki ?????????????

Sekiranya wanita bertudung mengikut syariat Islam kebaikannya bukan sekadar menjurus kepada kesihatan diri sendiri tetapi termasuk soal psikologi , keselamatan dan nyawa . Jika bertudung , kaum hawa bukan sahaja mampu menghindari kerosakan pada fosforus otak malah menyelamatkan diri mereka daripada menjadi mangsa rogol serta mengawal lelaki berfantasi untuk melakukan jenayah seks . 

Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud , "wahai Nabi , suruhlah isterimu dan anak perempuanmu serta wanita yang beriman , supaya melabuhkan jilbab mereka bagi menutup seluruhtubuh mereka (semasa mereka keluar) . cara yang demikian lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai wanita yang baik) , maka dengan itu mereka tidk diganggu . (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . (Surah al-Ahzab : Ayat 59) 

Petikan daripada Mastika (september 2011)