Sunday, November 25, 2012

Assalamualaikum.
24 november 2012 merupakan hari yang tidak akan aku lupakan sepanjang semester 3 ni. hari ni merupakan hari portfolio untuk diploma seni bina semester 3 . sangat mendebarkan . fuhh ! rase macam nak terkeluar jantung ni tau . abis je paper architecture structure hari jumaat , terus touch up presentation board dengan model. dapat lah tido tiga empat jam tengah hari tu .bangun tido terus touch up presentation board. tujuh presentation board yang perlu aku touch up dengan saiz borad A1. besar lagi board tu daripada aku . touch up sikit board, malam tu aku start upgrate kan model . beli rumput , kertas dinding, tanah, jalan. kalau aku ade seratus time ni , kompem aku beli orang , pagar , pokok , kereta , kertas bumbung , lampu jalan semua tu lah . model saiz 1:250. sangat lah kecik . nak tebuk tingkap kat dinding rumah tu memang memerlukan ketelitian. kalau tak boleh nak bersabar, kompem hancus model tu. dari pukul 4 petang sampai 8 pagi aku siapkan design non stop. fuhhh. pinggang ni rase macam nak patah. 

kami kena ade kat studio pukul 8:30 pagi. lecturer bagi taklimat sikit then dia bahagikan kteorang ikut gred. tapi Alhamdulillah, rasenye kat gred tu semua lulus. so, dia bagi masa sampai pukul 10 pagi untuk gantung presentation board masing masing. dalam pukul 11 pagi semua dah settle. now kami hanya menunggu panel untuk memberi markah. tapi panel datang pukul 12:30 tengah hari. penat kami semua menunngu diluar studio. pukul 1 sampai 2:15 petang panel bagi rehat. then after that sambung balik port folio. disebabkan penat yang amat sangat,kami decide nak rehat kat surau. dapat lah lelapkan mata dalam empat puluh minit. lepas tu pergi balik kat luar studio tu. port folio bersambung dan tamat pukul 4:30 petang. panel suruh kami semua kumpul, dia cakap , cakap and cakap sampailah pukul 5 petang. and Alhamdulillah sebab ramai lulus even ade yang naik grade and ade yang turun grade. and ofcourse aku lulus . aku tau Allah tu Maha Adil . Dia telah menguji aku masa Mid term port folio hari tu . dengan ujian tu lah aku bangkit and terus berjuang.walaweyhh . ayat riak eh tu ?

cuaca mulai mendung . macam tu jugak lah perasaan aku masa abis port folio . isk . isk .serius sedih . sem depan masing-masing pergi latihan industri @ praktikal . so lepas ni dah tak jumpa untuk enam bulan lamanya . time nak balik tu , semua salam peluk cium . sadis sangat. In Shaa Allah kalau panjang umur , ade rezeki kite jumpe lagi :)