Assalamualaikum
Malam ambang baru Politenik Ungku Omar ade buat pertandingan
Battle Of The Band. Lecturer yang menganjurkan tu ajar subjek keusahawanan
kelas aku. So task yang dia bagi kat kteorang of course lah menjual makanan di
perkarangan dewan. Lepas maghrib terus ke kampus untuk sedia kan segala bagai
jenis makanan macam nugget, kentang goreng, air, dadih, buah potong and
kekacang. Ade satu masa tu, semua budak kelas aku lari masuk ke dalam sebab
dalam diam ade budak kelas aku masuk pertandingan ni. riuh sakan lah kat
belakang dewan tu. Siapa yang jaga gerai entah lah. Tak tau sebab aku awal awal
dah masuk dewan. Hahaha. And masa gerai nak tutup tu, macam macam budak kelas
aku offer. Beli satu percuma satu. Beli satu percuma dua. Harga automatik turun
dengan mendadak. Terkejut aku. Masa tu lah memacam aku beli. Hahaha. Satu sebab
murah satu lagi sebab nak tolong perabihkan makanan tu. And lastly masa tetamu
nak balik, air diberikan secara percuma. Tu bukan turun mendadak. Tu menjunam
ke zero namanya. And disebabkan mamat ni menang dalam pertandingan karaoke, dia
beli satu, macam macam budak ni bagi free. Rezeki dia lah beli masa saat saat
akhir ni.
Esoknya pukul 11 pagi kteorang sekelas berkumpul kat rumah
syima. Buat ape lagi, mandi sungai lah kan.dah penat penat malam tadi, now masa
untuk ke spa semula jadi. Bila balik kesejukan menggigil tak tentu arah. Lepas
zohor tu siap siap nak pegi ke Ipoh Parade pulak. Time’s for blowing with
bowling ! lama dah tak pegang bola bulat berat ni. aku rasa last main bowling
masa sem 3. And now kepakaran dan keterroran aku semakin pudar kerana tidak
digilap dan ditonjolkan setelah sekian lamanya. Hahaha
No comments:
Post a Comment