Saturday, February 8, 2014




Assalamualaikum

Malam ambang baru Politenik Ungku Omar ade buat pertandingan Battle Of The Band. Lecturer yang menganjurkan tu ajar subjek keusahawanan kelas aku. So task yang dia bagi kat kteorang of course lah menjual makanan di perkarangan dewan. Lepas maghrib terus ke kampus untuk sedia kan segala bagai jenis makanan macam nugget, kentang goreng, air, dadih, buah potong and kekacang. Ade satu masa tu, semua budak kelas aku lari masuk ke dalam sebab dalam diam ade budak kelas aku masuk pertandingan ni. riuh sakan lah kat belakang dewan tu. Siapa yang jaga gerai entah lah. Tak tau sebab aku awal awal dah masuk dewan. Hahaha. And masa gerai nak tutup tu, macam macam budak kelas aku offer. Beli satu percuma satu. Beli satu percuma dua. Harga automatik turun dengan mendadak. Terkejut aku. Masa tu lah memacam aku beli. Hahaha. Satu sebab murah satu lagi sebab nak tolong perabihkan makanan tu. And lastly masa tetamu nak balik, air diberikan secara percuma. Tu bukan turun mendadak. Tu menjunam ke zero namanya. And disebabkan mamat ni menang dalam pertandingan karaoke, dia beli satu, macam macam budak ni bagi free. Rezeki dia lah beli masa saat saat akhir ni.






Esoknya pukul 11 pagi kteorang sekelas berkumpul kat rumah syima. Buat ape lagi, mandi sungai lah kan.dah penat penat malam tadi, now masa untuk ke spa semula jadi. Bila balik kesejukan menggigil tak tentu arah. Lepas zohor tu siap siap nak pegi ke Ipoh Parade pulak. Time’s for blowing with bowling ! lama dah tak pegang bola bulat berat ni. aku rasa last main bowling masa sem 3. And now kepakaran dan keterroran aku semakin pudar kerana tidak digilap dan ditonjolkan setelah sekian lamanya. Hahaha