Sunday, November 25, 2012

Assalamualaikum.
24 november 2012 merupakan hari yang tidak akan aku lupakan sepanjang semester 3 ni. hari ni merupakan hari portfolio untuk diploma seni bina semester 3 . sangat mendebarkan . fuhh ! rase macam nak terkeluar jantung ni tau . abis je paper architecture structure hari jumaat , terus touch up presentation board dengan model. dapat lah tido tiga empat jam tengah hari tu .bangun tido terus touch up presentation board. tujuh presentation board yang perlu aku touch up dengan saiz borad A1. besar lagi board tu daripada aku . touch up sikit board, malam tu aku start upgrate kan model . beli rumput , kertas dinding, tanah, jalan. kalau aku ade seratus time ni , kompem aku beli orang , pagar , pokok , kereta , kertas bumbung , lampu jalan semua tu lah . model saiz 1:250. sangat lah kecik . nak tebuk tingkap kat dinding rumah tu memang memerlukan ketelitian. kalau tak boleh nak bersabar, kompem hancus model tu. dari pukul 4 petang sampai 8 pagi aku siapkan design non stop. fuhhh. pinggang ni rase macam nak patah. 

kami kena ade kat studio pukul 8:30 pagi. lecturer bagi taklimat sikit then dia bahagikan kteorang ikut gred. tapi Alhamdulillah, rasenye kat gred tu semua lulus. so, dia bagi masa sampai pukul 10 pagi untuk gantung presentation board masing masing. dalam pukul 11 pagi semua dah settle. now kami hanya menunggu panel untuk memberi markah. tapi panel datang pukul 12:30 tengah hari. penat kami semua menunngu diluar studio. pukul 1 sampai 2:15 petang panel bagi rehat. then after that sambung balik port folio. disebabkan penat yang amat sangat,kami decide nak rehat kat surau. dapat lah lelapkan mata dalam empat puluh minit. lepas tu pergi balik kat luar studio tu. port folio bersambung dan tamat pukul 4:30 petang. panel suruh kami semua kumpul, dia cakap , cakap and cakap sampailah pukul 5 petang. and Alhamdulillah sebab ramai lulus even ade yang naik grade and ade yang turun grade. and ofcourse aku lulus . aku tau Allah tu Maha Adil . Dia telah menguji aku masa Mid term port folio hari tu . dengan ujian tu lah aku bangkit and terus berjuang.walaweyhh . ayat riak eh tu ?

cuaca mulai mendung . macam tu jugak lah perasaan aku masa abis port folio . isk . isk .serius sedih . sem depan masing-masing pergi latihan industri @ praktikal . so lepas ni dah tak jumpa untuk enam bulan lamanya . time nak balik tu , semua salam peluk cium . sadis sangat. In Shaa Allah kalau panjang umur , ade rezeki kite jumpe lagi :)

Wednesday, October 3, 2012

Tangisan Ku Rintihan Ku

Assalamualaikum . erm . maybe today is my bad day . kesedihan mula menyelubungi diriku . aku cuba untuk kuat dan bertahan , namun aku tidak bisa melawan kesedihan ini . aku sudah tewas dalam lautan air mata ku . aku sudah kalah dengan emosiku . dimanakah ego ku untuk melawan tangisanku selama ini ? segalanya hilang . yang tinggal hanyalah kesedihan , tangisan dan kesunyian . Ya Allah , sungguh berat dugaan-Mu ini . 

pagi tadi lecturer print dan tampal keputusan gred design untuk mid-term port-folio . and maybe bukan rezeki aku untuk dapat gred yang bagus . BUKAN REZEKI . jangan fikir negatif Fara Nana . Allah tu Maha Adil . aku telah berusaha untuk menyiapkan design , aku telah berdoa agar aku mendapatkan keputusan yang bgus , dan sekarang aku perlu tawakal dan redha dengan keputusan yang lecturer bagi . walaupun agak sukar untuk aku terima gred yang aku dapat , namun apakan dayaku . aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa . sesungguhnya Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk setiap hambanya . 

mungkin ini adalah ujian yang besar untuk ku hadapi semasa aku sedang berjihad . berjihad untuk ilmu di dunia . Ya Allah , kau permudahkan lah setiap urusan ku sepanjang aku berjihad di muka bumi Mu ini . sesungguhnya aku tidak terdaya jika Engkau tiada di sisi ku . 

Ya Allah , jika aku tidak kuat untuk menghadapi dugaan mu , maka kuatkan lah iman ku ini . tabahkan lah hatiku ini . sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang lemah . aku percaya , disetiap ujian yang kau turunkan kepada ku pasti ada hikmah disebaliknya . janganlah sesekali kau pesongkan hatiku ini jika iman ku mulai lemah . berikan lah kekuatan agar aku dapat bertahan dalam perjalan jihad ku ini . sesungguhnya aku lakukan semua ini demi ibu bapa ku , demi keluargaku , demi Mu Ya Allah . ikhlaskan lah hatiku ini sepanjang aku berjihad di jalan-Mu . berkatilah segala ilmu yang ku terima . 

semoga aku dapat terus berjalan di jalan jihad ku ini . amin .  

Thursday, September 27, 2012

Tak Tido Perkara Biasa . errrrr !

Assalamualaikum . 
baru azam nak update entry tiap-tiap hari . tapi tak kesampaian . smlm aku mmg nk update entry baru tapi takde masa . bz nak siapkan drawing design . nak patah semua tulang-tulang aku ni tau . next week ade mid-term portfolio , so kteorang kne siapkan design dari site plan , floor plan , section , elevation , bla , bla , bla . disebabkan dye nak dalam kertas A1 , so terpaksa lah buat kat studio sebab semua peralatan ade kat studio . 

Selasa - 8:00 pagi - 4:00 pagi -lecturer bagi tau dye nak site plan , floor plan , bla , bla , bla hari rabu submit sebelum pukul 5 petang . nasib baik kelas hari tu abis pukul 11 pagi . aku balik rumah dulu . makan , online jap  then tido . dalam pukul 2 aku paksa badan aku yang amat sangat malas ni bangun untuk pegi ke studio . nak bukak + bentang + lekat kertas A1 tu pun dah dekat setengah jam . nak keluarkan pensil , set square , pen , pembaris T , templat , maskin tape , pemadan , bla , bla bla dah dekat 20 minit . see ! baru buat beda tu dah makan masa dekat sejam . apetah lagi nak lukis drawing . sejam pun belum tentu boleh siapkan satu drawing tau . tampal kertas , keluarkan alat-alat lukisan , lukis site pelan , bukak kertas , tampal kertas baru , lukis floor plan , solat , bukak kertas , jalan-jalan sambil tgok kawan punye drawing ,  tampal kertas baru , lukis first floor plan , gosip dengan kawan jap , sambung lukis , pegi tandas , solat , bukak kertas , tampal drawing baru , lukis section A-A , B-B , kepala dah start pening sebab tgok drawing je , rilex kejap , sambung lukis , bukak kertas , kemas kertas , kemas studio , balik , mandi , solat , tido . 

Rabu - 6:30 pagi - 5:30 pagi - bangun solat subuh , tido balik , bangun , pegi kelas *lambat 20 minit pegi kelas haha * , bentang kertas , sambung lukis section , simpan kertas , masuk kelas english , masuk studio balik , bentang kertas , sambung lukis section , solat , bukak kertas , tampal kertas baru , lukis front elevation , bukak kertas , tampal kertas baru , lukis right elevation , kawan ajak hantar esok pagi , kemas barang , balik , makan , solat , tido , bangun , solat , pegi studio balik , bukak buku architecture , makan , dapat idea , tampal kertas , lukis bumbung , touch up elevation , bukak kertas , tampal kertas baru , lukis rear elevation , bukak kertas , tampal kertas baru , lukis left elevation , bukak kertas , tampal kertas floor plan , touch up floor plan , solat , bukak section , kepala start pening *Asal section je mesti kepala auto jadi pening* kemas drawing , kemas studio , balik , solat , tertido *tido ats sejadah dengan telekung tak dibukak* 

Khamis - 7:00 pagi - 12:00 t/hari - bangun , pegi poli , hantar drawing , masuk kelas english , kene marah . kelas cancel , masuk kelas working drawing , pot pet pot pet , balik , online , update entry ni , and jap lagi aku nak tido .

perasan tak aku tulis mandi sekali je . haha . bukan ape , memang tak sempat nak mandi . balik tu pun sebab nak tido kejap . then pegi studio balik . so now , aku nak qada' balik tido aku yang tak pernah nak cukup nihh . haha . 







Tuesday, September 25, 2012

Young Designer Award !

Assalamualaikum.
erm.untuk sem ni aku berpeluang untuk memasuki pertandingan Nippon Paint Young Designer Award.besar jugak lah competition ni.melibatkan negara luar macam Thailand, Singapura and emua masuk Vietnam. actually lecturer yang suruh masuk competiton ni. nak tak nak, terpaksa join jugak lah. so, untuk semestar tiga ni pihak Nippon Paint telah meletakkan syarat untuk menyediakan max tiga keping presentation board yang mengandungi design statement, floor plan, elevation and perspective. tak tido jugak lah sebab nak menyiapkan kerja ni. nak skecth kat sketch up, nak kena render biar nampak real pun dah berjam-jam. siap render kena susun board kat photoshop then nak kena transfer ke jpg. settle semua, copy kat cd. kelam kabut jugak lah nak menyiapkan semua ni.
















Friday, September 21, 2012

Happy Birthday Fara Nana ^_^

Happy Birthday to you , 
Happy Birthday to you ,
Happy Birthday to Fara Nana , 
Happy Birthday to you .

*aku tringin nak bela kucing actually . hopefullly aku dapat hadiah kucing tahun ni* :D

18092012 
08:00 AM - hari ni lapan belas hari bulan sembilan dua ribu dua belas . so , genaplah umur aku sembilan belas tahun . *even tarikh aku update ni lain . aku save tau . aku buat sikit2 sebab aku bz . ahaks* . so , sudah semestinya semua perkara hari ni aku nak buat dengan penuh excited . pepagi lagi aku dah bangun . pagi tadi ade kelas agama kat kampus A . wahh ! lagi excited lah kan . bukan selalu dapat kelas kat kampus A nihh . buat discussion agama kat library . mmg ohsem ! aku rse mcm ade 2 musim disitu . musim salji + bunga . sejuk sampai aku terketar2 time nak tulis and bau purfume yang sangat semerbak masuk ke dalam lubang hidung aku *macam salah je ayat aku . lepas kelas agama , kteorang lepas kat kafe jap . and terjadi satu kejadian yang tidak diingini dan tidak difahami dan tidak disalahi dan tidak disesali . hurm , asal lah benda ni jadi time birthday aku . waaaa ! dah tak best hari gua beb ! maybe ini dugaan yang aku harus , sunat dan wajib tempuh time birthday aku . and kelas hari ni tak banyak . tgah hari tu kelas dah abis . 


03:00 PM - petang tu aku , c's and cik milah pegi jejalan . actually ade hal sikit kat pejabat pos , tapi dress up aku mcm nak pegi kl . haha . ttbe aku nampak krete cik milah masuk Kinta City . wahhh ! ini sudah baik sihh . berbaloi jugak aku dress up cantik2 . haha . dapat lah aku makan seketul kek Secret Recipe . seketul kecik tu pun aku tak mampu nak perabih kan . nasib kau tak order satu lagi fara nana . and petang tu kteorang terpaksa balik awal sebab cik milah ade hal lain . ngantuk punye pasal , aku ttido sampai lah maghrib . *padahal dah janji tak nak tido sehari suntuk* . 

 oreo cheese *super dupper yummy*

08:00 PM - and lepas maghrib tu aku memang kne cukup2 dengan housemates aku . perghhhh ! busuk tahap max air tu . aku tak tau lah resepi mne yang dpeorang ikut sampai aku termuntah-muntah kat longkang . memang sangat amat super busuk weyh . lakonan korg menjadi . aku dah pakai cantik2 , ttbe korg simbah air tu dari belakang kan ? *kalau aku tau aku berkemban je . huh* . tak cukup tu korg simbah dengan tepung pulak . and buat aku surprise lagi , ttbe ade abg dari pelosok mne ntah datang naik moto ,letak tepung kat depan rumah kteorang . " nah tepung " then dye blah . fuhh ! masa untuk membalas dendam . aku rembat terus tepung tu baling kat dpeorg . terkinja2 korg kat depan pintu tu . haha . and dpeorg amik lagi satu paket tepung , baling kat aku . ade pulak housemate aku duduk dalam sambil kunci pintu . ini tak boleh jadi . aku bukak tingkap , aku baling tepung . abis dengan tv skali kne tepung . haha . sape suruh duduk dalam kunci pintu , now korg yang kne teruk . aku tak usah ckp lah kan , aku bau badan aku pun nak muntah . yerkkk ! nak mandi , air pulak tak kluar . haish . kne lah amik nombor . tapi siyes ! ni first time kne mcm ni time birthday aku . aku mmg menginginkanye . tapi dah kne rse macam . errrrrr . tak nak dah ! aku tak jangka langsung benda ni . haish . asal lah kau lembab sangat fara nana . thanks a lot to kak ida selaku pengerusi majlis , kak zati selaku setiausaha , kak hawa pembantu setiausaha , kak miera pembantu am , serta barisan pelakon iaitu Miedah , Pqeen dan Elya serta krew-krew yang terlibat . Good job guys !


rasenye tu je lah kot yang berlaku mase birthday aku . takde yg special pun . family pun jauh . so , dpeorg kirim hadiah je . yeay ! hadiah ! memang aku suke . *sambil kenyit mata* . and aku tetap nak tuntut hadiah dari mama and abah . 



   this smiley from My Lovely FaraKeknis :D
Love you c's <3
this smiley very "chippo" !

this card from My Guardian Angel :* 
tu kupon untuk aku tebus bile aku jumpe dye nnty . 
and sebagai ole-ole , dye bagi something kat aku .

Ni lah ole-ole yang aku dapat dari dye . 
*riak muka yang tak puas hati*

last but not least 
card and frame from my lovely c's , BABY :)))






Stylista With Fara Nana


Saturday, September 15, 2012

Open House With Miss Zaza

Assalamualaikum .
disebabkan aku tak dapat balik minggu ni , hati aku mula meronta-ronta untuk skodeng blog orang . sedih weyh tak dapat balik . meraung2 aku nagis dalam hati ni . okay , aku tau aku salah taip perkataan nangis tu . aku malas nak tekan backspce . see . salah eja lagi . dah lah , over kau fara , nak buat skrip air mata pulak . teluk intan tu bukan nye jauh sangat . now aku nak share cerita kat korang . hari tu lecturer aku ade buat rumah terbuka . so , dye mintak budak2 kelas aku tolong  masak kat rumah dye . actually ni lah first open house aku pegi untuk tahun ni . and maybe for the first and last .

07092012 - petang tu aku ade kelas building service . pot pet pot pet kelas pun habis . time odw balik kteorang ade discus nak pegi rumah Miss zaza (our lecturer aka kakak *harhar ) aku dengan beberape kawan aku tak dapat join dpeorang diesebabakan kesulitan yang amat dikesali dan dirasai . hahah . salah lagi aku eja . and malam tu dpeorang balik pukul 12 tgah malam . whoa ! bekerja keras korang kan . so , cikedaut pic dpeorang ni *sumber gambar dari : fesbuk fatin zahidah zahidah :D


 
 apakah yang terjadi ??


muke happy je . ni mesty kerja dah settle :D



08092012 - 9:00 am - 12:00 t/hari - pukul 9 kawan aku call suruh siap2 . dengan blurr nye aku packing baju then mandi . tak lama tu kawan aku pick up aku and others . sampai sane aku jadi blurr tak tau nak buat ape . diesebabkan (ah!salah eja lagi) dapur sesak seperti kereta beratur di tol plaza semasa perayaan tahun baru cina , mummy (mama Miss zaza) suruh kteorang duduk kat depan . errrrr . okay mummy -.- . disebabkann blurr aku tak abis lagi , aku ingatkan open house ni start lepas asar . haha . teruk lah kau ni fara nana . 


















08092012 - 12:01 t/hari - 9 :00 malam - acara dimulakan dengan bacaan ayat suci . then , makan . makan . makan . makan . and makan . stop makan , layan movie kat tv . then makan , makan , makan , and makan again . correction . bukan kteorang makan tau . tetamu Miss zaza yang makan . ktoerang serve je . malas dah aku nak taip pepanjang . lets cekidaut our picture !






kecoh korang kupas kulit telur tu kan ??
sarah punye dah siap kupas !

Telur dah dibogelkan . haha 

  Mee ..... yang aku tau , kuah dye ade udang yang buat aku takut nak makan .

 amz , syima , prasath , haziq , fatin , sarah . akim , munirah

 lepaking at Belakang Rumah !

 Movie time , My Name Is Khan :)

 Puding roti by Syafinaz 

 Ferrero Rocher versi Malaysia . sedap beb !

 This is what we call  " B A J E T "

Akim


 BBM time !

 konon sweet lah ni ??


 ade gaya ni .


 Elya Syazwani , Faiz and Fara Nana

 








 Stylista with Fara Nana


Sunday, September 2, 2012

ade rezeki , jumpa lagi !

Assalamualaikum .
disebabkan jumaat semalam cuti sempena Hari Kemerdekaan , so dengan perasaan excitednye aku amik keputusan nak balik Teluk intan . rabu tu aku dah call ejat , nak ikut dye balik . and perasaan nak balik tu lagi meronta-ronta apabila kelas petang khamis tu hanya mengambil masa setengah jam daripada 2 jam . tapi agak upset sebab kelas ejat sampai petang . so , kteorang decide balik lepas maghrib . tak kisah lah , asalkan aku dapat balik . malam tu hujan renyai , dengan sejuknye aku sampai rumah dalam pukul 10 malam . apabila jarum jam mencecah pukul 7.30 pagi , rumah aku dah start riuh rendah denagn suara-suara yang menjengkelkan . arghhh ! aku nak tido lah . "mne kain mama ni" "mne sampin abah"  "kamu nak pegi pukul berape" "nak naik ape" . errrrr . dengan perasaan yang bengang , aku pakse mata aku bukak jugak . tgok2 family aku dah siap2 nak pegi sambut merdeka . errrrr . perlu ke ? ahaks . ayat mintak penampar kan . tak sedar kau tu duduk malaysia . then , bile semua dah pegi , aku sambung tido balik . malangye mata aku sukar untuk dilelapkan . then , aku bukak tv . semua saluran tunjuk sambutan Merdeka . errrr . tapi bila persembahan belia buat dance depan PM , mmg teruja aku tgok . seronok sangat ! then malam tu aku tak bagi abah kalih siaran sebab aku nak tgok sambutan kat stadium Bukit Jalil pulak . over kau Fara Nana . memang best ! ttbe excited sambut merdeka lebih daripada sambut raya . ahaks . 


ade satu malam tu aku duduk depan abah , sambil pegang kertas . aku nak cakap kat abah yang aku tak nak belajar dah . aku nak stop then kawen . tapi tak sempat aku nak cakap , aku dah nangis dulu . (malu-malu) drama air mata pun bermula . aku terus lari ke sofa . abah tak terkata apa-apa . setelah aku bercuti selama 3 hari 3 malam di rumah abah , masanya untuk aku pulang ke Ipoh . and ttbe aku rase sebak sangat nak tinggal kan rumah . padahal kalau boleh , pagi2 aku nak balik Ipoh . perasaan ni muncul bile aku tak sampai hati nak tinggalkan kimi sorang2 . mama balik kg , abah pegi mesyuarat , bgwan keje , keknis pegi kl , adik aku pegi open house . even sebelah kanan kiri depan tu rumah sedara mara aku , tapi hati aku berat nak tinggalkan dye . umur dye 6 tahun beb ! mula lah drama disitu . bila aku nak salam dengan dye , dye tak nak . 2 kali aku cakap macam tu . bila dye jawab macam tu , aku terus sebak then nangis . (ni memang serius , takde malu-malu nak nangis) . dye nampak beg aku dah kemas2 , dye tau aku nak balik ipoh dah . ttbe ejat pulak lambat sejam . sejam jugak lah aku menangis . sedih weyh . aku tgok sekeliling rumah aku . pusing sana , pusing sini . ejat datang , cepat2 aku masukkan beg aku . then pegi kat kimi . kimi comot sangat masa tu . aku terus blah , kalau tak , comform aku nangis kat situ . masuk kereta , aku sambung nangis lagi . sampai ejat tegur aku . terus aku cover . gaye macam aku nak balik oversea pulak kan . ahaks ! takpe lah , aku kne berdikari jugak . sampai bile aku nak duduk bawh ketiak family je kan . aku ke sini pun sebab nak study . Ipoh je pun . sejam setngah sampai lah . ade rezeki , jumpa lah lagi . amin :D

Wednesday, August 29, 2012

SeLamat Hari Raya



Assalamualaikum .
" tangan dihulur , maaf dipinta . Selamat Hari Raya "
so , raya tahun ni aku tak feel sangat . yang feel lebih2 bile dapat balik kampung .  first raya , biasalah . aku akan beraya kat kampung Teluk Intan dulu . well , memandangkan rumah aku dekat dengan rumah awek (panggilan untuk nenek) , so memang kene beraya kat kampung abah lah dulu . and for the first time maybe , family aku balik kampung mama dekat selangor petang 1 syawal . excited beb sebab aku dgar gossip saudara mara aku ramai balik . penuh rumah nenek aku time berbuka katanye . so , lepas zohor , aku , mama , kimi and farahin balik kampung . sesampai je kat kampung , huh ! hampeh . sunyi je rumah . semua keluar pegi beraya . petang tu baru semua balik . and petang tu aku pegi beraya rumah wak limah (makcik) . tu je lah . then balik . and malam tu memang best ! riuh rendah rumah nenek aku tu . lagi2 malam tu ade cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah . lagi lah bingit ! esok pagi tu , abah , Wan and Keknis sampai . kalau ikut mama balik , memang lama menetap kat kampung tu . thats why abg and kakak aku follow abah . and tengah hari tu dpeorang balik ke Teluk Intan .


ouh ya ! actually , aku balik kampung cepat sebab nak jumpe abg sedara aku . dye ade kat kampung sampai raya ke 2 je . takut tak sempat nak jumpe dye sebab raya ke 3 dye nak terbang balik ke London . and aku dengan menggediknya cakap nak ikut dye hantar ke airport (memain je pun time cakap tu) . and you know what ? abg azery ajak aku hantar dye ke airport . so , petang raya ke 2 tu aku ikut dye balik KL naik kereta dengan kakak dye .pukul 6 pagi kak eilah dh kejut sebab nak pegi airport . haish . jalan pun gelap lagi . 
this is Azery . bye Uncle London .
and with her , YuYun .


Then , siangnye aku pegi bejalan dengan YuYun and Kak Eilah . pegi Wangsa Walk . bile dah bosan . kteorang bali rumah . and time nak balik tu singgah AEON AU2 . yang seronoknye . aku dapat main air pancut kat situ (ala-ala mia sara main dalam Sekali Lagi) . esoknye kteorang sambung bejalan lagi . nak pegi KLCC , aku mne ade duit nak shopping sne . haish . so , kteorang decide pegi Time Square je lah . shopping sikit , tgok wayang , makan2 . and sepanjang aku ade kat KL , time tu jugak lah aku demam + selesema + batuk + pening kepala . 


setelah 4 hari berada di KL , Kak Eilah hantar aku balik ke kampung . sampai je kat kampung , terus aku balik ke Teluk Intan . and esoknye Lieya , Nani and Nunu ajak beraya . mula2 malas jugak nak pegi . badan aku penat . tapi disebabkan lame tak jumpe dpeorang , malas tu bertukar excited . mula2 lepak rumah Lieya dalam pukul 3 petang . tunggu Nani punye pasal sampai aku tido kat rumah Lieya . then pegi rumah aku disusuli ke rumah Nunu and destinasi terakhir ke rumah Nani .

balik dari rumah Nani dalam pukul 8 malam . see ! padahal pegi 4 buah rumah je . haha . aku lepak rumah Lieya jap . and disebabkan esok aku nak balik Ipoh , aku ajak Lieya pusing2 Teluk Intan . pegi Menara Condong , FunFair yang kat Intanova tu  , masuk lorong sana , masuk lorong situ . haha . takde keje kan . and sampai rumah Lieya pukul 10 . haa , amik kau . acano aku nak balik nihhhh . lorong rumah aku tu dah lah gelap . nak tak nak , kene redah jugak lah . and time aku balik tu , kat rumah awek ade buat BBQ . terus aku lepak rumah awek dengan tak tukar bajunye . haha . 

so , bila dah masuk hari sabtu , aku terpaksa kemas barang2 untuk balik ke Ipoh . haish . tak puas rasanye cuti raya niii . nak tak nak , kene balik jugak sebab aku nak kene siapkan pelan rumah . even tahun ni aku tak banyak pegi beraya rumah orang , tapi aku happy sebab dapat jumpe semua orang yang aku rindu , yang aku sayang , yang aku .......... (tak tau nak taip ape lagi)

Stylista With Fara Nana




Friday, August 3, 2012

Balik dengan hati yang gumbira

Assalamualaikum .
sem 3 ni memang mencabar . hampir berputus asa ! sampai dah hilang kekuatan nak bertahan . malam selasa semalam aku nangis . sebab aku tak dapat buat case study design . aku tak paham ape yang lecturer tu nak . and aku memang tak boleh buat . even otak aku kosong , tapi aku dapat rasekan beban batu seberat 10 kg ade atas kepala aku . jalan pun bongkok & menunduk even takde batu yang betul atas kepala aku . harhar . tapi bile aku nangis , aku rase puas . aku dapat keluarkan masalah dari badan aku yang kecik ni . seriusly , nangis lah ! biar semua masalah dapat dikeluarkan . aku pun lame tak nangis sebab design ni . haha . and aku dapat kekuatan firstly ofcoz dari ALLAH S.W.T , and also kawan2 yang banyak bagi dorongan dan kata semangat . thanks beb ! well , macam biase lah . buat keje , gelak2 , makan , buat keje balik , mandi , then terus pegi kelas . tido ? esok baru qada' tido . haha . and tak sangka , lecturer puas hati dengan hasil kerja kelas aku . alhamdulillah .

settle je design , now fokus kat building construction and working drawing . subjek ni memang .. perghhh . susah aku nak ingat , hafal , faham , bla bla bla . and actually , aku masih banyak tak tau pasal subjek ni . see , betape bebalnye aku . harhar . subjek ni kne buat model rumah kayu dengan skala 1:10 . so , semua decide buat kat rumah abang-abang bridging ni . senang sikit kalau ade masalah , boleh tolong each other . 1 group ade 4 orang . group kami pqeen , haniff , haziq and aku . nasib baik lah lelaki2 tu bridging . potong2 kayu , gosok2 kayu , ukur2 kayu , kopek2 kayu , tu lah keje aku . even buat keje macam tu , tangan aku dah banyak luka okay . buat rumah ni tak siap dalam masa sehari . siang pegi kelas , malam buat rumah . balik 2 3 pagi . time puasa pulak tu . dekat seminggu jugak lah mengerjakan rumah kayu ni . 

and hari-hari terakhir kami memang bertungkus lumus siapkan . ade pulak yang baru sampai dari kampung malam tu . haishhh . sabar aje lah .malam tu datang rumah dpeorang , ketang ketung ketang ketung , dah masuk waktu sahur . ade yang balik . tapi aku dengan pqeen tak balik . sebab errrr ~ so , time sahur tu lah ramai yang tido . aku dengan pqeen buat macam kat rumah sendiri . bile bosan kami main dengan si Kiki & Lala . dalam pukul 7 pagi , semua datang balik ke rumah tu . budak-budak laki ? huh . membuta kat bilik tu haa . sumbat reramai satu bilik . haha . aku nak kejut , tak sampai hati . 

bila semua dah bangun , kerja pun dimulakan . sambung lagi ketang ketung ketang ketung . dari luar rumah sampai ke dapur , bersepah-sepah barang . pagi tu lecturer ade datang jenguk kerja kami . caring lecturer kami . tapi ade je kesalahanya . alahai ~ badan dah penat nihhh . kteorang siapkan jugak sebab petang tu nak kena hantar . dalam pukul 4 kami semua gerak ke kampus untuk submit rumah kayu tu . fuhhhh ! lega sangat .




















and now , aku nak pack2 barang , nak balik kampung ! seronok tak terkata weyh . ye lah , sebab first puasa hari tu , aku tak dapat balik . sedih kan ?

p/s : hari tu aku keluar dgn pqeen lagi . aku beli baju & tudung . haish . pqeen punye pasal lah ni .