Saturday, February 8, 2014




Assalamualaikum

Malam ambang baru Politenik Ungku Omar ade buat pertandingan Battle Of The Band. Lecturer yang menganjurkan tu ajar subjek keusahawanan kelas aku. So task yang dia bagi kat kteorang of course lah menjual makanan di perkarangan dewan. Lepas maghrib terus ke kampus untuk sedia kan segala bagai jenis makanan macam nugget, kentang goreng, air, dadih, buah potong and kekacang. Ade satu masa tu, semua budak kelas aku lari masuk ke dalam sebab dalam diam ade budak kelas aku masuk pertandingan ni. riuh sakan lah kat belakang dewan tu. Siapa yang jaga gerai entah lah. Tak tau sebab aku awal awal dah masuk dewan. Hahaha. And masa gerai nak tutup tu, macam macam budak kelas aku offer. Beli satu percuma satu. Beli satu percuma dua. Harga automatik turun dengan mendadak. Terkejut aku. Masa tu lah memacam aku beli. Hahaha. Satu sebab murah satu lagi sebab nak tolong perabihkan makanan tu. And lastly masa tetamu nak balik, air diberikan secara percuma. Tu bukan turun mendadak. Tu menjunam ke zero namanya. And disebabkan mamat ni menang dalam pertandingan karaoke, dia beli satu, macam macam budak ni bagi free. Rezeki dia lah beli masa saat saat akhir ni.






Esoknya pukul 11 pagi kteorang sekelas berkumpul kat rumah syima. Buat ape lagi, mandi sungai lah kan.dah penat penat malam tadi, now masa untuk ke spa semula jadi. Bila balik kesejukan menggigil tak tentu arah. Lepas zohor tu siap siap nak pegi ke Ipoh Parade pulak. Time’s for blowing with bowling ! lama dah tak pegang bola bulat berat ni. aku rasa last main bowling masa sem 3. And now kepakaran dan keterroran aku semakin pudar kerana tidak digilap dan ditonjolkan setelah sekian lamanya. Hahaha











Tuesday, December 31, 2013

Project 1 Second Touch Design 4 Diploma Seni Bina DSB 6B Batch Jun 2011 Politeknik Ungku Omar



Assalamualaikum
Untuk sem 6 ni aku ade 2 project. Macam tajuk kat atas, itu lah tajuk bagi project aku. Second touch. Mean kedai yang sedia ada perlu diubahsuai. Lecturer suruh pilih rumah kedai dibahagian tengah untuk menghadirkan cahaya dan pengudaraan semulajadi. Project ni pair so of course lah au dengan pqeen. So bermula lah pengembaraan aku dengan pqeen ke pekan Ipoh untuk cari rumah kedai yang lama lama biar nampak perbezaan bila dah diubahsuai. First kedai pqeen try ke kedai dobi. Bila pqeen dah bebel pasal kteorang, aunty tu boleh pulak cakap ‘tak tau,tak tau’. Okay finneeee aunty! Haihh. Kedai seterusnya kedai plat kenderaan. Uncle tu macam okay je, terus kteorang mintak izin nak jadikan kedai dia sebagai tapak & model untuk projek ni. bila lecturer cakap satu kedai boleh dua group, aku dengan pqeen decide nak ambil kedai sama dengan Hasni & Elya. Kedai alat muzik ‘Nang Fong Piano’. Hantar lepas cuti semester break 1. Mula mula planning nak siapkan kerja dulu baru balik kampung. Entah macam mana excited lebih kot tak sabar nauu nak balik kampung, kteorang balik dulu then selasa masa krismas tu balik ipoh. Hari rabu pqeen siapkan board presentation and aku siapkan sketch up 3D. khamis tu dah start buat model. Seronok sangat buat agaknya tak sedar hari dah subuh. Lepas solat subuh terus terbongkang atas tilam. tengah hari bangun mandi makan solat terus sambung buat model. Empat hari berturut turut. Kiranya kteorang ni boleh dikatakan mak guard kat Taman Cempaka ni. hahaha.






































Monday, December 9, 2013

PESTA KUDA IPOH



Assalamualaikum.

Jumaat haritu family aku datang ke Ipoh. motif actually nak betulkan nset mama dekat Ipoh ni haa. and kebetulan ada pesta kuda kat Ipoh ni so aku ajak sekali pegi pesta kuda tu. Sampai Ipoh je, abah terus jemput aku kat rumah sewa. Then first destination mestilah kedai Nokia. Mula mula mama cakap kedai tu sebelah KPJ. Otak aku ni ligat berfikir, mne ade deretan rumah kedai or whatever jenis kedai area KPJ tu. Kalau bangunan persatuan tu ade lah. So aku call office tu. Ghrupanya sebelah JPJ. JPJ mama JPJ. Bukan KPJ. Bila dah sampai kedai tu, mama tinggal nset tu untuk dibaiki. So sementara nak tunggu 3 jam untuk siap dibaiki, aku ajak pegi tengok Pesta Kuda tu. Dari dulu lagi aku perati je Perak Turf Ipoh ni. bila lah dapat masuk,bila lah dapat pegang kuda kat dalam tu,bila lah dapat tengok kuda ni race dalam stadium tu. Bila lah bila lah bila lah and now aku dapat masuk.tapi ni just ala ala aktiviti santai seisi keluarga, so takde lah dapat tengok race ke hape. Just like pameran kuda. Haha. Bila aku masuk entrance, ttbe aku feel something. Hmm. Teringat Hilman Yong. Teringat kuda dia yang terror tu. Teringat dia training kuda dia. Rindu sangat. Tssk tsssk. Last dengar cerita dia masa awal aku praktikal. Lepas tu takde dah. Cadang nak beli tapi tak terbeli sebab novel tu mahal sikit. hahaha. Novel yang aku baca tu pn si Pqeen punya. Kalau aku punya, tiap hari aku peluk. Tak dapat orang dapat novel pn jadilah. Hewhew. So bila aku melepasi entrance tu, excited aku terlebih lebih disebabkan aura Hilman Yong tu.kahkah. siapa yang tak baca lagi novel tu, pegi lah baca cepat cepat laju laju pantas pantas. Tajuk novel tu ‘Awak suka saya tak’. Kalau tak silap lah. Back to REAL story, masuk je entrance tu terus ke kandang kuda. Main main dengan kuda tu, belai belai kuda tu. Alamak aihhh. Comel jugak kuda ni. bila waktu rest dah abis, kuda tu dikeluarkan untuk competition Antara negeri & Negara. Masa tengok mamat tu tunggang kuda, hmm teringat kat Hilman Yong balik. Tsskk tsskkk. Jangan nak meroyan lah fara nana. And ade budak kecik yang tunggang kuda. Alahaiii. Comelnya. Kecik kecik dah pandai tunggang kuda. Sebab daripada apa yang Hilman Yong tu cerita, tunggang kuda ni bukan lah senang. Setiap pergerakan ade caranya. So kalau silap, memang silap besar lah kan. Bila nset mama dah siap dibaiki, kteorang balik ke kedai tu. Then lepas tu baru kteorang makan lunch. Lunch odw ke petang. Pusing pusing Ipoh lastly abah stop makan kat depan stadium Ipoh. Abis makan terus hantar aku ke rumah sewa. Hmm. Masa tu masih lagi Hilman Yong. Aura dia tu tak nak keluar. Hekhekhek.








 






 


 alahai.terus teringat kat Hilman Yong.tsssk tsskkk.


 ni bajet bajet berani je.







 lastly before balik <3


Thursday, October 31, 2013

FINAL PORT FOLIO



Assalamualaikum.

Finally,masa yang ditunggu tunggu telah datang.guess what??of course lah Final portfolio for subject design.like usually,dip in architecture memang takde final exam.so final portfolio ni lah yang aku tunggu tunggu.tapi biasanya final portfolio ni masa second or last week exam.saje je kan.tapi ade hikmahya jugak sebab aku sempat lah touch up untuk kali terakhir sebelum final portfolio ni.lepas abis kelas untuk sem 5 ni,aku terus packing baju.study week seminggu cuti.then seminggu lagi cuti sebelum final portfolio.masa study week tu aku boleh lah golek golek atas katil lelama.tapi bila seminggu lagi nk final portfolio,masa tu baru sibuk nak buka leptop,bukak pelan,bukak buku.masa submit design hari tu,lecturer ade bgtau ape yang perlu ditambah dan dibaik pulih.and lecturer tu boleh cakap building aku macam biasa.whatthefishh!okay.memang pun.haha.so aku tanamkan azam untuk siapakn sketch up dalam masa seminggu ni.first day,bukak buku building.konon nak dapatkan idea.selak selak selak selak terus mengantuk.memang tido lah jawabnya sebab mind set dah pikir ‘lek lah.seminggu lagi.lama lagi’.haha.esoknya selak selak selak selak dan selak.mula lah ubah satu posisi building aku tu.settle satu posisi tu,tengok tengok dah petang.malaihhh nak sambung buat.’lek lah. Ade enam hari lagi’haha.hari yang ketiga selak selak selak ubah satu posisi lagi.konon malam tu nak sambung buat tapi malaihhhh malam tu lagi dasyat!asyik nonton tv aje.kerjanya ngak jalan.so masuk hari ketiga masih lagi selak selak even dah 3 4 kali buku tu aku khatam selak.then dapat idea terus ubah posisi lain.bila kira kira balik aku kena siapkan at least lusa.so dengan azam yang membara hari keempat tu takde nak selak selak dah.setakat jelling tu boleh lah.memang focus aku buat 3D tu bank hang.then esoknya aku daoatlah siapkan semua board presentation aku.tapi nak bajet punya pasal,aku print 2 paper je.so dua hari sebelum portfolio aku dah balik ipoh.ye lah nak prepare ape yang patut.nak print ape yang patut.so malam sebelum portfolio tu,lectuer dah keluarkan list name.kteorang dibahagikan 3 studio.ikut gred maybe.aku tak lah tercalon dalam studio 1 tapi aku pn tak tercalon dalam studio 3.so maybe aku ni sedang sedang je kot.malam tu jugak kteorang ramai ramai datang studio untuk tampal presentation board.








Pukul 9 pagi,aku dengan pqeen siap siap nak ke studio.macam biasa,sementara tunggu panel datang,kteorang lepak lepak dulu.sembang sembang dulu.bila panel datang,masa tu lah jantung nak terkeluar.masa panel masuk dalam studio untuk tgok presentation board,kteorang semua lepak kat wakaf depan tu.untuk hilangkan rasa debar tu,kteorang gelak gelak,sembang sembang,main main.sorang sorang nama kena panggil.haihh.risau ni risau.tapi tak semua lah.yang dipanggil tu samada insan yang malang yang bakal ditolak markah atau insan yang beruntung yang bakal ditambahkan markah.antara tu lah.so masa petang tu,nama aku kena panggil.perghhh.tak pernah pernah kot.masa tu lah kelam kabut nak pakai kad matrik.bila masuk puan latifah dh sedia ada depan board aku.soalan first yang dia tanya pn aku tergagap nak jawab.haih.then soalan yang tak boleh aku lupa,dia tanya building aku ni ade pagar ke? Halamak! Rezeki aku mungkin, masa tu jugak ade orang call dia. fuhhh!lega.bila dia datang balik dia lupa soalan dia tadi.aku pn buat buat lupa lah soalan dia tu.kehkeh.and mungkin bukan rezeki aku jugak masa tu datang pulak lecturer garang ni.tak ingat lah nama dia sebab dia masuk poli masa aku praktikal.bertubi tubi soalan dia datang.siap dia yang check construction building aku tu.macam dia pulak panel yang jugde board aku tu.bila dia tanya berapa tangga ada,aku dh lupa.tak tau nak jawab.dia suruh aku bukak working drawing aku.memang aku tak tulis detail pasal tangga.good job fara nana!!!and rezeki berbalik ke aku mungkin,dua dua lecturer tu puji aku punya façade building.tak sia sia aku mengadap sketch up tiap tiap hari.hewhew.masa tu baru muka naik semangat.Cuma gambar 3D aku tu kecik.kalau besar kompem dia suka.yang best dia cakap façade aku lain daripada yang lain.kehkhe.kembang semangkuk aku masa keluar dari studio tu.senyum berseri seri masa aku jalan ke kawan kawan aku.haa,mula lah dpeorang tanya macam macam.macam aku ni menang kes kat mahkamah pulak.so dengan rasa teruja gembira semangat yang tak abis lagi aku pn cerita lah.tapi yang positif je lah. Aku terlebih excited masa bercerita mungkin sampai semua tumpu kat aku.khusyuk dpeorang dengar aku berceloteh.bila aku sedar,terus aku senyap duduk diam diam kat tepi tu.kahkah.abis portfolio dalam pukul 5 maybe.kteorang semua berkumpul dalam studio.panel panel tu semua bagi komen yang positif & negative.masa balik tu aku Tarik kak Ari.sebab dia pakai baju warna hitam hari tu.same like me.and ofcourse aku tarik Lan sebab dia dapat kerja.so sem depan di tangguh study.and kebetulan dia pakai baju and seluar complete hitam.memang kena lah kteorang bertiga.and finally! Yeay ! habis jugak sem5 ni.perit perit jugak lah sebab kelas design hari selasa & khamis. Straight 5 jam pulak tu.tapi even 5 jam tak rasa lama.biasanya dalam kelas buat keje lepas tu kacau orang lepas tu sembang sembang lepas tu crit.biasanya lepas crit memang malaihh lah nak buat keje.asalkan dah lepas crit tu kira bagus lah.tu belum lagi dengan assignment English tu,belum kelas kira kira untuk subjek structure. Ditambah pulak dengan subjek landskap. Nasib baik osha dengan science environment tak berat and dapat lecturer yang sporting. Rasa macam kejap je untuk sem ni.masa kelas rasa nak cepat tapi bila dah time portfolio rasa macam nak undur masa balik.hikhik.
  





























 BYE BYE SEM 5